Khamis, 25 Mac 2010

Gala Kokurikulum

Pada 4 & 5 April 2010 para peserta Program Gala Kokurikulum Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah datang melawat ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Para peserta berpeluang menyertai aktiviti mewarna batik dan melawat ke bilik pameran

Isnin, 22 Mac 2010

Sesi Perjumpaan Ketua Pengarah dan Usahawan Batik

Pada 21 March 2010 (Ahad) , Satu sesi perjumpaan khas antara Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, En. Mohd Kamil Bin Mohd Ali bersama usahawan batik negeri kelantan dan terengganu telah diadakan bertempat di Dewan Kasturi, Kraftangan Malaysia Caw. Kelantan. Turut hadir bersama mengiringi Ketua Pengarah, En. Haji Shahrudin Hj Mohd. Nor, En Haji Mohd Mokhtar Bin Lop Ahmad dan En. Misroni Bin Sulaiman. Kira-kira seramai 29 usahawan hadir dalam program ini.