Jumaat, 30 April 2010

Perasmian Bengkel Anyaman Mengkuang

Satu bengkel bimbingan teknikal anyaman mengkuang, telah dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan bertempat di Bengkel SDSI Kraf Anyaman Mengkuang Kg. Bukit Tanah, Pasir Puteh bermula 27 hingga 29 April 2010. Seramai 16 orang peserta telah mengambil bahagian yang di bimbing oleh Puan Halimah.

Khamis, 29 April 2010

Interaktif Anyaman Buluh

Pada pagi 29 April 2010 tadi, seramai 40 orang peserta dari Sek. Men. Sri Aman Pasir Putih telah mengikuti aktiviti interaktif anyaman buluh di Dewan PKKM Cawangan Kelantan. Para peserta diajar teknik menganyaman buluh oleh tenagar pengajar yang diupah oleh pihak Kraftangan Malaysia.

Interaktif Kraf SMK Kok Lanas

Pada 28 April 2010 yang lalu, seramai 50 pelajar dan 2 orang guru pengiring dari SMK Kok Lanas telah mengadakan lawatan ke PKKM Cawangan Kelantan. Para pelawat telah di tunjukan teknik mewarna batik oleh tenaga pengajar yang terlatih.

Rabu, 28 April 2010

Kejohanan Futsal Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan

PENGKALAN CHEPA, 27 April 2010 : Kelab Young Star dinobatkan sebagai juara sulung dalam pertandingan Kejohanan Futsal Kraftangan Cawangan Kelantan merebut Piala Pusingan Pengarah Cawangan Kelantan. Kejohanan ini anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan melibatkan empat pasukan Young Star, Kelisa United, Rempit FC dan Zombie City yang terdiri daripada kakitangan dan pelatih Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Tuan Pengarah Cawangan Kelantan berbesar hati meluangkan masa bersama-sama menyaksikan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

video

Ahad, 25 April 2010

Perhimpunan Bulanan April 2010

Pada pagi tadi, 25 April 2010, telah selesai Perhimpunan Bulanan Kakitangan PKKM Cawangan Kelantan bertempat di Dewan Kasturi, Kompleks Kraftangan Cawangan Kelantan. Selain daripada anggota kerja, para pelatih LJP turut sama hadir dalam perhimpunan kali ini. Dalam perhimpunan ini Pengarah Cawangan telah menyerahkan buku log kursus dan juga kad pengenalan kakitangan kepada semua anggota kerja.

Lawatan Sambil Belajar SMK Pengkalan Chepa

Pada 22 April 2010 yang lalu,seramai 55 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring dari SMK Pengkalan Chepa telah datang melawat ke Kompleks Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Para pelawat juga berpeluang membuat sendiri produk rama-rama dan bakul cenderahati daripada rotan. Tenaga pengajar terdiri daripada Puan Yam dan pembantunya iaitu pengusaha Zakaria Perabot rotan.

Isnin, 12 April 2010

Pendaftaran Para Pelatih Latihan Jangka Pendek 2010

Pada 11 April 2010 yang lalu telah berlangung pendaftaran para pelatih yang akan mengikuti Latihan Jangka Pendek 2010 di Kraftangan Cawangan kelantan selama 5 bulan. Keseluruhan seramai 20 orang pelatih telah melaporkan diri yang akan mengikuti latihan dalam bidang Batik dan Perak Jewellry. Pada majlis tersebut turut diadakan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Tuan Pengarah Kraftangan Cawangan Kelantan dan di selitkan dengan ceramah agama yang disampai oleh Ustaz Saibon Ismail, yang bertajuk "Bahaya Lidah".

Rabu, 7 April 2010

Lawatan Pelajar Politeknik Kota Bharu

Pada 6 April 2010 seramai 35 orang pelajar diiringi 2 orang pensyarah dari Politeknik Kota Bharu datang melawat ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Rombongan lawatan di berpeluang mengikuti aktiviti interaktif kraf mewarna pasu.

Isnin, 5 April 2010

Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kelantan

Pameran Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kelantan ini di jalan di SMK Machang, pada 1-3 April 2010. Program yang berlangsung selama 3 hari ini merupakan anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan pihak Kraftangan Cawangan Kelantan telah dijemput mengambil bahagian di dalam pameran korporat disana.