Ahad, 30 Mei 2010

Senam Robik

Pada 8.30 pagi 27 Mei 2010, Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan mengadakan aktiviti senam robik untuk semua warga PKKM Cawangan Kelantan. Semua kakitangan, pelajar praktikal, pelatih LJP dan juga inkubator turut sama bersenam robik yang diadakan di gelanggang bola tampar dibimbing oleh jurulatih Pn Mariana dari Persatuan Senam Robik Negeri Kelantan.

Ahad, 23 Mei 2010

Kerja-kerja menghias pentas Program Kegemelapan Bingtang-Bintang & Manisfestasi Deklamasi Sajak dan Puisi Merdeka 2010

Pada 20 Mei 2010, PKKM Cawangan Kelantan telah menjalankan kerja-kerja menghias pentas untuk Program Kegemelapan Bingtang-Bintang & Manisfestasi Deklamasi Sajak dan Puisi Merdeka 2010 anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan.

Program Sepakat Bestari Peringkat Daerah Tumpat 2010

Program Sepakat Bestari – Komuniti Bestari Daerah Tumpat adalah satu program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Kelantan yang telah diadakan pada 22 Mei 2010 (sabtu), 8 pagi hingga 6 petang bertempat di Dataran Pantai Sri Tujuh, Tumpat dan melibatkan semua jabatan / agensi di bawah KPKK. Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Pengkalan Kubor, YB. Datuk HJ. Noor Zahidi B HJ. Omar. Turut hadir bersama sempena perasmian tersebut adalah Pengarah- Pengarah jabatan dan agensi Negeri Kelantan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pelbagai pameran, jualan, demonstrasi dan acara-acara kebudayaan telah diadakan pada program tersebut. PKKM Cawangan Kelantan juga turut sama menyertai program ini di mana beberapa pengisian aktiviti telah diadakan seperti jualan yang melibatkan seorang usahawan kraf logam perak, interaktif deko seramik dan pameran korporat.

Rabu, 19 Mei 2010

Temuduga calon penuntut Institut Kraft Negara (IKN)

Pada 16 dan 17 Mei 2010 lalu, telah dijalankan sesi temuduga untuk pengambilan pelajar Institut Kraf Negara (IKN) bagi sesi pengajian 2010. Seramai 48 orang calon dari seluruh negeri kelantan telah hadir mencuba nasib. Sebanyak enam(6) jurusan ditawarkan iaitu Seni Kraf Batik, Seni Kraf Tenunan, Seni Kraf Seramik, Seni Kraf Kayu, Seni Kraf Logam dan Seni Kraf Rotan dalam dua peringkat pengajian sijil dan diploma.

Sabtu, 15 Mei 2010

Interaktif Kraf di Expo Pertanian Negeri Kelantan 2010

Pada 2 Mei 2010, PKKM Cawangan Kelantan telah mengadakan demonstrasi Interaktif Kraf di Expo Pertanian Negeri Kelantan 2010 anjuran oleh Jabatan Pertanian Negeri. Di Expo tersebut seramai 241 orang pengunjung telah mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna batik dan pasu.