Rabu, 30 Jun 2010

Majlis Perpisahan Pengarah

10 tahun dalam kenangan 2001-2010, Pada 24 Jun 2010 telah diadakan Majlis Perpisahan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, En Kamaruzaman Bin. Hj Idris sempena perpindahan beliau ke Bahagian Teknikal Ibu Pejabat mulai 1 Julai 2010. Pada majlis tersebut turut diadakan sesi penyerahan tugas kepada bakal pengarah baru iaitu En. Khamis Bin Yasim. Semua warga Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa yang telah dicurahkan dan juga Selamat Maju Jaya.


Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 37 Tahun 2010 - Koperasi Serbaguna Pembatek Kelantan Berhad

Pada 12 Jun 2010 (sabtu), bertempat di Dewan Kasturi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 37 Tahun 2010 oleh Koperasi Serbaguna Pembatek Kelantan Berhad. Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Encik Mohd Kamil Mohd Ali sendiri berbesar hati turun padang merasmikan mesyuarat tersebut.

Ahad, 20 Jun 2010

Bimbingan Teknikal Anyaman Mengkuang Kraf Warisan Orang Asli Sungai Nenggiri

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menganjurkan Bimbingan Teknikal Anyaman Mengkuang Kraf Warisan Orang Asli di Sungai Nenggiri bermula pada 14 hingga 17 Jun 2010. Seramai 23 orang peserta telah mengikuti bengkel ini dibawah bimbingan tenaga pengajar terlatih, Nik Asiah. Pada akhir bengkel ini para peserta telah berjaya menghasilkan beg anyaman dengan pelbagai warna.

Jumaat, 18 Jun 2010

Interaktif Seramik Deco, SMK Machang

Pada 14 Jun 2010, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Machang, Kelantan telah datang melawat ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Seramai 40 hadir termasuk 4 orang guru pengiring hadir mengikuti program Interaktif Kraf Seramik Deco.

Isnin, 7 Jun 2010

Gotong Royong Jun 2010

Pada 3 Jun 2010, diadakan aktiviti gotong royong membersihkan persekitaran kawasan PKKM Cawangan Kelantan. Semua warga Kraftangan Cawangan Kelantan, kakitangan, pelajar praktikal, inkubator dan pelatih berganding bahu membersihkan dan mengindahkan persekitaran bangunan Kraftangan.

Perlawanan Bola Sepak

KOTA BHARU, 31 Mei 2010 : Kelab Sukan dan Kebajikan PKKM Cawangan Kelantan telah menganjurkan kejohanan edisi ke-2 Perlawanan Bola Sepak merebut Piala Pusingan Pengarah Cawangan Kelantan yang terdiri daripada kakitangan, pelajar praktikal, inkubator dan pelatih Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.

Pameran Korporat di Sekolah Rendah Paloh Pintu Gang

Pada 3 Jun 2010, Kraftangan Malaysia Cawangan kelantan di jemput mengadakan pameran Korporat di Sekolah Rendah Paloh Pintu Gang sempena sambutan hari guru sekolah tersebut.

Selasa, 1 Jun 2010

Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (JKPKPKK) Negeri Kelantan

Pada 30 Mei 2010, Ahad, Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (JKPKPKK) Negeri Kelantan Bil. 11/2010 telah diadakan dan berlangsung di bilik mesyuarat PKKM Cawangan Kelantan. Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Hj. Mohd Nasir Bin Hj. Salleh selaku Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan. Mesyuarat bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.