Ahad, 25 Julai 2010

Gotong Royong Julai 2010

Pada 22 julai 2010 lalu telah di adakan program gotong royang menaman pokok baru di sekitar perkarangan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Semua warga kraftangan terlibat menjayakan program ini termasuk usahawan inkubator, pelatih Latihan Jangka Pendek dan kakitangan kraftangan sendiri. Sesudah penat memerah keringat semua warga kraftangan dijamu dengan jamuan makan buah durian.

Selasa, 20 Julai 2010

Bengkel Pengawalan Mutu Batik Kraftangan Batik Malaysia MS 692 : 2006

Pada 19-20 Julai 2010, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menganjurkan Bengkel Pengawalan Mutu Batik Kraftangan Batik Malaysia MS 692 : 2006, bertempat di Makmal Pengujian Mutu Batik Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Objektif kursus adalah menerap dan melahirkan usashawan batik tempatan supaya mementingkan kualiti batik di dalam pengeluaran sepertimana yang digariskan di dalam Piawaian Batik Malaysia. Oleh itu dapat memberi keyakinan kepada pengguna batik bahawa pengeluaran batik tempatan mempunyai nilai mutu yang tinggi samada untuk pasaran domestik atau antarabangsa. Berikut antara ujian mutu yang dijalankan :
  1. Ujian Cahaya (Standard: MS ISO 105-C01)
  2. Ujian Basuhan (Standard: MS ISO 105-D01)
  3. Ujian Ketahanan terhadap Air (Standard: MS ISO 105-E01)
  4. Ujian Ketahanan perpeluhan, Asid dan Alkali(Standard: MS ISO 105-E04)
  5. Ujian Ketahanan terhadap Gosokan, Basah dan Kering (Standard: MS ISO 105-X12)
  6. Ujian pH Ekstrak Cecair (Standard: MS 337)
  7. Ujian Perubahan Dimensi (Standard: MS ISO 7771)
  8. Ujian Kekuatan Regangan (Standard: MS ISO 13934-1)

Rabu, 14 Julai 2010

Promosi Kraf Malaysia Di Pusat Membeli-Belah (KB MALL)

Kota Bharu, 12 Julai 2010, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah mengadakan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli-belah KB Mall, Kota Bharu, Kelantan pada 7 hingga 12 Julai 2010 mulai dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Aktiviti yang berlangsung selama 5 hari ini melibatkan seramai 24 usahawan kraf terdiri daripada:
Bidang Kraf Tekstil
- Sham Batik
- Nie Batik
- Taming Sari Batek
- Nies Batik
- IBM Fashion
- Ayu Fashion
- Batras Design
- AZ Batik
- Saiful Masdi Batik
- NB Batik & Craft
- Aiman Batek
- Maskamal Batik
- Sapiah Collection
- Noorin Batik
- Halimah Batik
- NA & R Jaya Enterprise
Bidang Kraf Hasil Rimba
- Budiman Ilham Galeri
- Ayu Craft
- Megat Rotan Deco

Aneka Kraf
- Juki Original Leather
- Izan Crystal Enterprise
- Bastari Jaya

Bidang Kraf Logam
- Zaini Arif Bin Ghazali

Bidang Seramik
- Intan Collection

Selain jualan aktiviti interaktif turut diadakan iaitu :
• Dekorasi Seramik
• Anyamaan bakul rotan .
• Anyaman mengkuang.
• Anyaman Buluh.
• Mewarma Batik

Selasa, 13 Julai 2010

Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia 2010

Kraftangan Malaysia telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia 2010 serentak di seluruh cawangannya pada 12 Julai 2010. Di PKKM Cawangan Kelantan, Kira-kira 150 orang tetamu telah hadir untuk memeriahkan program ini termasuklah para usahawan kraf, pelajar sekolah dan agensi. Program bermula pada 10.00 pagi dengan taklimat korparat mengenai latar belakang dan peranan Kraftangan Malaysia yang telah disampaikan oleh Pengarah PKKM Cawangan Kelantan, Encik Khamis Bin Yasim di Dewan Kasturi, PKKM Cawangan Kelantan.

Pada Hari Bertemu Pelanggan ini selain daripada taklimat, 5 kaunter pelanggan telah dibuka iaitu, kaunter Bahagian Promosi dan Pemuliharaan Kraf, Penyelidikan Kajian, Pembangunan Rekaan, Pembangunan Usahawan dan Pentadbiran & Pengurusan. Serentak dengan itu juga pelbagai aktiviti lain telah diadakan untuk memeriahkan lagi program ini seperti Pameran Produk Kraf Negeri Kelantan, Jualan Kraf, Aktiviti Pendidikan Kraf dan Lawatan Berpandu Berkumpulan.

Ahad, 11 Julai 2010

Majlis Perpisahan Penuntut Latihan Amali

Pada 10 Julai 2010 yang lalu telah diadakan majlis ringkas sempena tamatnya tempoh Latihan Praktikal yang seramai 16 orang penuntut IPT di Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan yang bermula 10 Mei hingga 10 Julai 2010. Sepanjang tempoh tersebut para pelatih telah banyak terlibat didalam menjayakan aktiviti Cawangan dan menyumbang kepada kejayaan aktiviti tersebut. Kerjasama yang telah dicurah pihak Kraftangan Malaysia mengucap ribuan terima kasih.

Ahad, 4 Julai 2010

Kursus Pengurusan Rekod dan Fail

Pada 27 & 28 Jun 2010, seramai 25 orang kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, telah mengikuti dengan jayanya Kursus Pengurusan Rekod dan Fail bertempat di Dewan Kasturi PKKM Cawangan Kelantan. Kursus ini merupakan anjuran Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan dan dikelolai oleh En. Yahya dari Jabatan Arkid Negara Cawangan Kelantan.

PROMOSI KRAF MALAYSIA 7 JULAI - 11 JULAI 2010 di KB MALL, KOTA BHARU

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia di KB Mall, Kota Bharu dari 7 Julai - 11 Julai 2010. Aktiviti utama adalah jualan barangan kraftangan dalam pelbagai bidang seperti batik, manik/mutiara, anyaman, pandai besi, seramik, logam perak dan berbagai lagi barangan kraftangan dari semua negeri. Terdapat juga demonstrasi kraf dan interaktif kraf serta persembahan kesenian negeri kelantan.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI. MARILAH MERIAHKAN LAGI PROMOSI KRAF MALAYSIA DI KB MALL, KOTA BHARU.