Isnin, 27 September 2010

Selamat Pengantin Baru Iezudin dan Bazilah

Tahniah kepada pasangan bahagia Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan iaitu Mohd Iezudin Bin Ismail dan pasangannya Bazilah Binti Abd. Razak yang telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Perkenalan di tempat kerja berakhir di jinjang pelamin yang telah berlangsung di rumah penggantin perempuan pada 13 September 2010 di Kedah dan rumah pengantin lelaki pada 16 September 2010 di Kelantan. Ramai rakan-rakan sekerja yang datang meraikan bersama hari bahagia kedua-dua mempelai. Tahniah Iezudin dan Bazilah.

Ahad, 19 September 2010

Mesyuarat Agong Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Caw. Kelantan

Pada 5 Sept 2010 telah dijalankan Mesyuarat Agong Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Caw. Kelantan. Agenda utama mesyuarat kali ini adalah untuk membubarkan AJK lama dan seterusnya melantik AJK baru bagi sesi 2010/2012. Pada mesyuarat tersebut turut diadakan penyampaian sumbangan raya kepada semua ahli. Berikut adalah AJK baru yang telah dilantik bagi sesi 2010/2012:
Penasihat : En. Khamis Bin Yasim
Pengerusi : En. Faizul Azha B. Ibrahim
Naib Pengerusi: En. Mohd. Bahri Bin AB. Rahman
Setiausaha : Pn. Nor Rafizah Binti Mohd. Johar
Bendahari : En. Mohd Hisham Bin Musa
AJK : En. Muhammad Nasruddin Bin Mustaffa Kamal
   En. Mohd Zairul B. Muhd Zawawi
   En. Khairulnizam B. Ramlie
   En. Mior Alzri Bin Mior Zon
   Pn. Bazilah Bt Abd Razak

Ahad, 5 September 2010

Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jangka Pendek 2010

Pada 1 September 2010, Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jangka Pendek 2010 telah diadakan di Dewan Kasturi Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Majlis Penyampaian sijil Tamat Latihan telah disempurnakan oleh Encik Kamarozzaman B. Haji Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia. Seramai 80 orang jemputan telah hadir memeriahkan majlis tersebut terdiri daripada ibubapa, peserta inkubator, wakil masyarakat setempat dan anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.