Isnin, 25 Oktober 2010

Pemantauan Pembangunan Oleh BSK & Mesyuarat Pengarah-Pengarah

     Pada 23 Oktober 2010, Bahagian Strategi Korporat Ibu Pejabat telah hadir ke PKKM Cawangan Kelantan untuk menjalankan satu sesi pemantauan prestasi program pembangunan. Pemantauan ini adalah untuk melihat prestasi program pembangunan PKKM Cawangan Kelantan bermula Januari hingga Oktober 2010. Sesi pemantauan ini dihadiri oleh Pengarah Bahagian Strategi Korporat Puan Hajah Zuraida Binti Mokhtar, Penolong Pengarah Amerus bin Che Onn dan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan Syed Zahir bin Syed Omar Al-Idrus. Sesi pemantauan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Selepas rehat rombangan dibawa melawat ke bengkel pengusaha Kraf Seramik, Zutah industri dan Kraf Pandai Besi, FA Palas Kraf Mat Arifin Ibrahim.

     Pada hari berikutnya 24 Oktober 2010, Mesyuarat Pengarah-Pengarah bersama Ketua Pengarah telah diadakan membincangkan mengenai program pembangunan dan turut memantau prestasi program pembangunan PKKM Cawangan Kelantan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Ketua Pengarah Encik Mohd Kamil Bin Mohd Ali dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Tuan Haji Shahrudin Bin Mohd Nor, Pengarah PKKM Cawangan Kelantan Encik Kamis Bin Yasim, Pengarah Bahagian Strategi Korporat Puan Hajah Zuraida Binti Mokhtar, Pengarah Bahagian Pasaran & Promosi Encik Ibrahim Bin Ismail, Pengarah Bahagian Usahawan Tuan Haji Mohd Mokhtar Bin Lop Ahmad, Pengarah Bahagian Pembangunan Rekaan En. Yusak Bin Hj. Mahamud, Pengarah Teknikal En. Kamaruzaman bin Idris dan pegawai-pegawai dari Cawangan Kelantan. Mesyuarat ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Selepas makan tengahari rombangan di bawa melawat bengkel pengusaha Kraf Atap Senghora.

Rabu, 20 Oktober 2010

Pendidikan Kraf di Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan, Bachok

Pada 17 Oktober 2010 yang lalu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah mengadakan aktiviti pendidikan kraf di Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan, Bachok. Aktiviti yang diadakan ialah mewarna batik dan seramai 100 orang pelajar yang terlibat.

Khamis, 14 Oktober 2010

Bengkel Bimbingan Teknikal Batik Skrin

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menganjurkan Bengkel Bimbingan Teknikal Batik Skrin, Projek SDSI Kraf Batik pada 10-13 Oktober 2010 bertempat di PKKM Kelantan. Para Peserta terdiri daripada Usahawan dari negeri Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Sabah yang seramai 17 orang. Kursus ini mengembeling elemen praktikal dan sedikit teori melalui slot bengkel.Melalui bengkel ini usahawan – usahawan tempatan yang hanya berkemahiran dalam bidang batik canting dapat menjana idea secara kolektif untuk menghasilkan produk yang bermutu dan Kos efisien.

Ahad, 10 Oktober 2010

Pendidikan Kraf Sempena Pameran Apresiasi Seni 2010

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah dijemput oleh Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu untuk mengadakan pendidikan kraf sempena Pameran Apresiasi Seni 2010 pada 6 Oktober 2010 yang lalu. Aktiviti yang diadakan ialah mencanting dan mewarna batik dan seramai 40 orang pelajar yang terlibat.

Kursus Pengendalian Bahan Kimia

Bahagian Teknikal Ibu Pejabat telah menganjurkan Kursus Pengendalian Bahan Kimia dari 6 dan 7 oktober 2010 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Para peserta terdiri daripada kakitangan teknikal seluruh cawangan Kraftangan Malaysia. Kursus ini di kendalikan oleh En Nazri Abdul Aziz dari Multiskill Training Consultancy Sdn Bhd dan En. Mohd Yusri B Mohd Yusof dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. PKKM Cawangan Kelantan menghantar 7 orang peserta menyertai kursus ini daripada 25 orang keseluruhannya.

Selasa, 5 Oktober 2010

Majlis Hari Raya & Perjumpaan Usahawan Kraf Negeri Kelantan

Pada 4 Oktober 2010, bermula 12.00 tengahari hingga 4.00 petang bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah diadakan Majlis Perjumpaan Usahawan Kraf Negeri Kelantan semperna Majlis Hari Raya. Seramai 200 orang jemputan terdiri daripada usahawan kraf, syarikat pembekal, agensi dan masyarakat setempat telah hadir memeriahkan majlis ini.

Ahad, 3 Oktober 2010

Gotong Royong September 2010

Pada 30 September 2010 lalu telah di adakan program gotong royang membersihkan kawasan sekitar pejabat. Semua warga kraftangan terlibat menjayakan program ini termasuk usahawan inkubator dan kakitangan kraftangan sendiri. Gotong royong berakhir pada pukul 12.00 tengahari.