Ahad, 30 Januari 2011

Bengkel Bimbingan Teknikal Batik HKK 2011

Dari 24 hingga 26 Januari 2011 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan dengan kerjasama pihak Unit Tekstil Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah menganjurkan Bengkel Bimbingan Teknikal Batik Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2011 bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini telah disertai seramai 52 usahawan batik. Antara produk-produk yang dihasilkan ialah baju kemeje lelaki, batik pario dan batik blaus.

Isnin, 17 Januari 2011

Perlawanan Futsal Januari 2011

Pada jam 9 malam 15 Januari 2011 lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menganjurkan Perlawanan Futsal di Pengkalan Chepa. Selain ahli kelab, usahawan inkubator turut sama menyertai perlawanan ini.

Perhimpunan Pagi Januari 2011

Pada pagi 16 Januari 2011 lalu, telah selesai Perhimpunan Bulanan Kakitangan PKKM Cawangan Kelantan bertempat di Dewan Kasturi, Kompleks Kraftangan Cawangan Kelantan. Selain daripada anggota kerja, kakitangan projek turut sama hadir dalam perhimpunan kali ini. Dalam perhimpunan ini Pengarah Cawangan telah menyampaikan amanat tahun baru 2011 beliau supaya semua anggota kerja menjaga kebersihan persekitaran, jangan menyalah gunakan kemudahan perubatan dan mengamalkn sikap jimat cermat dalam menjalankan tugas lebih-lebih lagi apabila peruntukan bagi tahun 2011 telah dikurangkan. Pengarah turut mengucapkan tahniah atas kejayaan kecemerlangan anak anggota kerja yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR bagi tahun 2010, iaitu En Mazlan Bin Ab Ghani dan Puan Che Limoh Ismail. Pada majlis itu juga turut disampaikan Sijil Penghargaan Perkhidmatan kerana sumbangan yang telah diberi sepanjang tempoh perkhidmatan selama 25 tahun.

Jumaat, 14 Januari 2011

Pertukaran Kakitangan Cawangan Kelantan

Selamat bertugas di tempat baru kepada Puan Nor Azura Bt Abu Bakar yang berhijrah ke Cawangan Kedah mulai 1 Januari 2011. Beliau telah bertugas selama 2 tahun di Cawangan Kelantan sebagai Pereka di Bahagian Rekaan. Sementara itu, Encik Mohd Khairulnizam Bin Ramlie yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi telah menyambung pelajarannya diperingkat Master di UiTM Shah Alam. Di ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi, jasa dan bakti yang dicurahkan tetap akan dikenang.

Nama: Mohd Khairulnizam Bin Ramlie
Bahagian / Unit: Bahagian Rekaan
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E27)
Sebab Berhenti : Menyambung Pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana
Tarikh Berhenti: 1 Januari 2011
Nama: Nor Azura Bt Abu Bakar
Bahagian / Unit: Bahagian Rekaan
Jawatan / Gred : Pereka (B17)
Penempatan Semasa: Cawangan Kelantan
Penempatan Baru: Cawangan Kedah
Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 2011

Isnin, 10 Januari 2011

Taklimat Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2011

Pada minggu lalu telah diadakan satu Taklimat Penerangan kepada usahawan yang bakal menyertai Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2011 yang dirancang di adakan dari 23 Febuari hingga 7 March 2011 di Komplek Kraf Kuala Lumpur. Taklimat ini disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pasaran dan Promosi , Puan Faizah Abdul Aziz dan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Encik Ibrahim Ismail dari Ibu Pejabat. Sesi taklimat penerangan ini diadakan agar perjalanan HKK 2011 kelak akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan kepada kedua-dua pihak.

Khamis, 6 Januari 2011

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan di Landa Banjir

Keadaan banjir yang melanda di pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan selama 3 hari berturut-turut pada bulan januari 2011 yang lalu.