Khamis, 24 Mac 2011

Ceramah Pencegahan Rasuah

Pada 20 March 2011 lalu, satu sesi ceramah pencegahan rasuah yang bertajuk "Kesalahan rasuah, penyelewengan & salahguna kuasa di kalangan penjawat awam dan punca serta kesan rasuah" telah di adakan di dewan kasturi Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Pihak perbadanan telah menjemput penceramah dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Encik Muhamad Bin Zakaria, ketua Unit Pendidikan Masyarakat.

Isnin, 21 Mac 2011

Kenaikan Pangkat dan Kakitangan Baru Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan

Tahniah diucapkan kepada En. Halim Bin Yusoff diatas kenaikan pangkat dan semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Cawangan Kelantan ke arah yang lebih cemerlang.
Nama: Halim Bin Yusoff
Bahagian / Unit: Bahagian Usahawan
Jawatan / Gred Sedia Ada: Pengajar Kraf (E17)
Jawatan / Gred Baru: Pengajar Kraf Kanan (E22)
Tarikh Lantikan: 1 Januari 2011

Sementara itu, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan juga telah menerima anggota kerja baru iaitu Cik Aida Binti Mat Zin yang ditempatkan di Unit Pasaran dan Promosi. Selamat datang dan semoga bersama-sama meningkatkan mutu perkhidmatan Cawangan Kelantan.

Nama: Aida Binti Mat Zin
Bahagian / Unit: Bahagian Pasaran dan Promosi
Jawatan / Gred :Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E27)
Tarikh Lantikan:1 March 2011

Khamis, 17 Mac 2011

Lawatan Loji Rawatan Sisa Batik Pelajar UMK

Pada 17 March 2011, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menerima seramai 30 pelajar dari jurusan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA) Universiti Malaysia Kelantan untuk melihat proses rawatan sisa batik yang terdapat di cawangan ini. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Wong Yee Ching manakala penerangan berkaitan dengan loji tersebut disampaikan oleh En. Muhammad Nasruddin Bin Mustaffa Kamal dari Unit Teknikal Cawangan Kelantan.

Gotong Royong March 2011

Pada 17 March 2011 lalu, telah diadakan program gotong royong menceriakan kawasan persekitaran pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.

Selasa, 15 Mac 2011

Lawatan oleh Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas Kelantan

Pada 10 March 2011 yang lalu, seramai 7 orang pensyarah dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas, Kelantan telah mengadakan lawatan ke PKKM Cawangan Kelantan. Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara-perkara asas untuk membuat batik, proses-proses untuk membuat batik, serta alat kelengkapan yang diperlukan.

Lawatan dan Pendidikan Kraf oleh Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Pada 6 Mac 2011 yang lalu, seramai 40 pelajar serta pensyarah pengiring dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)telah mengadakan lawatan ke PKKM Cawangan Kelantan serta membuat aktiviti pendidikan kraf mewarna pasu seramik.

Isnin, 14 Mac 2011

Lawatan Usahawan dari Kuala Lumpur ke Pusat Inovasi Kraf Batik

Pada 13 March 2011, seramai 7 orang usahawan batik dari Kuala Lumpur telah datang melawat ke Pusat Inovasi Kraf Batik bagi melihat teknologi-teknologi terkini dalam proses pematian warna batik. Pelawat juga turut dibawa melawat kilang Usahawan Batik yang terdapat di Kelantan.

Ahad, 6 Mac 2011

Perhimpunan Bulanan March 2011

Perhimpunan bulanan March telah diadakan pada 6 March 2011 yang lalu. Pada perhimpunan tersebut pengarah cawangan Kelantan En. Khamis Bin Yasim telah memperingati kakitangan cawangan agar menjaga prestasi kerja supaya sentiasa berada ditahap yang optimum, selain itu beliau turut menyentuh berkenaan kekerapan pengambilan cuti sakit dan peraturan kad perakam waktu yang mesti dipatuhi. Pada perhimpunan ini turut disampaikan Kad Ucapan Hari Jadi kepada anggota kerja yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan Februari. Selepas tamat perhimpunan, disusuli oleh Ceramah agama oleh Ustaz Saibon dari Majlis Agama Islam Negeri Kelantan dan diakhiri dengan bacaan selawat Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Rabu, 2 Mac 2011

Lawatan dan Pendidikan Kraf oleh Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

Pada 20 Februari 2011 yang lalu, seramai 40 pelajar serta pensyarah pengiring dari Politeknik Nilai, Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke PKKM Cawangan Kelantan serta membuat aktiviti pendidikan kraf mewarna batik. Para pelawat telah di tunjukan teknik mewarna batik oleh tenaga pengajar yang terlatih.

Lawatan Pelajar Universiti Teknologi Mara (Uitm) Perak, Kampus Seri Iskandar ke Kampung Mambong, Kelantan

Seramai 20 orang pelajar dan pengiring dari Universiti Teknologi Mara Perak, Kampus Seri Iskandar telah membuat lawatan ke Kampung Mambong pada 13 Febuari 2011. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan ke pada para pelajar terhadap proses pembuatan seramik Kampung Mambong supaya tidak lupus ditelan zaman. Kampung Mambong terkenal sebagai Tapak Warisan Seni Seramik Tradisional Melayu Kelantan dan terpelihara daripada unsur kemodenan serta mengekalkan sepenuhnya warisan tradisonal nenek moyang.