Isnin, 30 Januari 2012

Sesi Perjumpaan Bersama Usahawan Batik Negeri Kelantan dan Terengganu

Pada 2 Feb 2012 lalu, bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah berlangsung Sesi Perjumpaan Bersama Usahawan Batik Negeri Kelantan dan Terengganu. Sesi Percambahan Fikiran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Mohd. Kamil Bin Mohd, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Turut hadir pada majlis ini Ybrs. Tuan Haji Shahrudin Mohd Nor, Encik Yusak Haji Mahamud, Encik Ibrahim Ismail, Puan Faezah Abdul Aziz, Encik Kamaruzaman Idris, Encik Mohd. Razis Md. Said dan Encik Khairul Hafizie Naharudin.

Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan

Pada 27 Januari 2012, telah berlangsung program Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan yang dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Mohamad Fatmi B. Haji Che Salleh, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri bertempat di Dewan Kasturi Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PerdasamaMuda) dan Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan (BePU) dengan kerjasama Kraftangan Malaysia.

Lawatan Kerja Pengerusi Kraftangan Malaysia Bersama Penggiat Kraf Negeri Kelantan

Pada 26 Januari 2012 yang lalu, Lawatan Kerja Pengerusi Kraftangan Malaysia YBhg. Dato' Sohaimi Shahadan, Bersama Penggiat Kraf Negeri Kelantan ke rumah Adiguru Kraf Serunai, Isa Samad atau lebih dikenali Wak Isa di Kampung Kebakat, Tumpat Kelantan. YBhg. Dato' Sohaimi Shahadan meluangkan masa selama 2 jam di rumah Adiguru berkenaan bagi melihat proses penghasilan Serunai, Rebab, Gendang Ibu dan beberapa jenis alat muzik tradisional. Di akhir sesi lawatan, Pengerusi Kraftangan Malaysia diberi peluang untuk bermain Gendang Anak bersama-sama Kumpulan Muzik Tradisional Adiguru Kraf Serunai.

Lawatan Rasmi Ahli Lembaga Pengarah Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Ke Kraftangan Malaysia

Pada 26 Januari 2012, YBhg. Dato' Sohaimi Shahadan bersama dengan ahli Lembaga Pengarah Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) telah melawat ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Bersempena lawatan tersebut, satu jaringan kerjasama telah dapat diwujudkan bagi kemajuan bersama.

Ahad, 15 Januari 2012

Lawatan Kerja Pengerusi Kraftangan Malaysia Ke Cawangan Kelantan

Pada 11 Januari 2012 yang lalu, YBhg. Dato' Sohaimi Shahadan, Pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Pada lawatan tersebut, belia sempat beramah mesra dengan semua anggota kerja dan memberi amanat untuk menggerakkan Pelan Transformasi Kraf Negara bagi memacu kemajuan industri kraf negara. Beliau juga sempat berkunjung ke bengkel inkubator dan usahawan kraf.

Kunjungan YBhg. Puan Sri Dato’ Wan Noorlina Wan Hussin, Yang Di Pertua Puspanita Kebangsaan Ke Kraftangan Malaysia

Pada 17 Januari 2012, YBhg. Puan Sri Dato’ Wan Noorlina Wan Hussin, Yang Di Pertua Puspanita Kebangsaan telah berkunjung ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat dengan lebih dekat hasil-hasil kraftangan negeri Kelantan seperti kraf batik, kraf besi, kraf kayu dan anyaman.