Ahad, 18 Mac 2012

Interaktif Kraf bersama Pelajar Madrasah Al-Quran Darussalam

Pada 8 March 2012 lalu, bertempat di Pusat Jualan Kraf, BT. 2, Bunut Payung, telah diadakan Program Interaktif Kraf bersama Pelajar Madrasah Al-Quran dDarussalam (Taman Tahfiz Al Quran). Seramai 130 orang termasuk 14 orang guru pengiring telah menyertai aktiviti mewarna batik dan pasu seramik. Melalui aktiviti ini diharap dapat mendidik generasi muda menghayati dan mencintai seni kraftangan tempatan.

Lawatan Sambil Belajar Dari Pusat Kokurikulum Kelantan

Pada 6 dan 7 Mac 2012 lalu, seramai 360 orang dan 10 guru dari Pusat Kokurikulum Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Pada lawatan tersebut, para penggunjung telah dibawa melawat ke bilik pameran, galeri dan pusat inkubator usahwan kraf.

Pusat Seni Setempat

Pada 3 Mac 2012 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menyertai Pameran Demontarsi dan Jualan sempena program Pusat Seni Setempat anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan di perkarangan kompleks tersebut. Semasa program tersebut telah diadakan demonstrasi pembuatan wau, jualan tekstil (batik), produk aneka kraf dan logam. Disamping itu, turut diadakan aktiviti interaktif mewarna batik, yang telah mendapat sambutan lebih kurang 150 orang pengunjung.

Sabtu, 10 Mac 2012

Program Merakyatkan Seni Budaya Peringkat Daerah Tanah Merah

Pada 9 Mac 2012 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah mengadakan Pameran Korporat, Interaktif Kraf dan jualan produk aneka kraf sempena Program Prihatin 1Malaysia Peringkat Daerah Tanah Merah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Parlimen Tanah Merah. Seramai 150 orang pengunjung berkesempatan mengambil peluang untuk menyertai interaktif kraf mewarna batik.

Isnin, 5 Mac 2012

PENGUMUMAN - LATIHAN JANGKA PENDEK

PENGAMBILAN PELATIH UNTUK LATIHAN JANGKA PENDEK ASAS BATIK TERAP DAN BLOK BATIK.
UTK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI KRAFTANGAN CAW.KELANTAN 09-7126266
KELAYAKAN: WARGANEGARA MALAYSIA
UMUR : 18 - 30 TAHUN
MEMPUNYAI MINAT DAN KESUNGGUHAN DALAM BIDANG BATIK
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 MAC 2012
JANGKA MASA LATIHAN : 3 BULAN ( 03 APRIL - 30 JUN 2012 )

Senam Robik March 2012

Pada 8.30 pagi 4 March 2012, Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menganjurkan acara senamrobik untuk semua warga PKKM Cawangan Kelantan. Aktiviti senamrobik ini telah diadakan di gelanggang bola tampar dibimbing oleh jurulatih Pn Mardiana dari Persatuan Senam Robik Negeri Kelantan.