Isnin, 21 Mei 2012

Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Mengkuang

Pada 24 hingga 25 April 2012 lalu, Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan telah mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Mengkuang bertempat di Bukit Tanah, Pasir Puteh. Seramai 10 orang peserta mengambil bahagian yang terdiri dari penduduk kawasan sekitar. Dalam bengkel ini ditekankan penghasilan perwarnaan produk sesuai dengan pasaran masa kini yang berkonsepkan “Pop Art”.

Jualan Kraf, Pameran Produk Kraf Dan Interaktif Kraf Sempena Karnival Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan

Pada 3 hingga 5 Mei 2012 lalu, Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan telah mengadakan jualan produk kraf, pameran produk kraf “Pop Art” dan interaktif kraf sempena Pelancaran Karnival Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Padang Sivik Gua Musang. Seramai 11 orang usahawan kraf terlibat dengan kutipan jualan sebanyak RM40,000.

Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Buluh Kraf Warisan Orang Asli

Pada 29 April hingga 6 Mei 2012 lalu, Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan dengan kerjasama cawangan Perak serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Buluh bertempat di Perkampungan orang asli Kg. Sangwai, Lojing Gua Musang. Seramai 21 orang peserta mengikuti bengkel ini dengan jayanya. Peserta bengkel dibimbing menghasilkan produk kraf bakul serbaguna yang berkonsepkan perwarnaan “Pop Art”.

Isnin, 7 Mei 2012

Jualan Kraf sempena Majlis Pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)

Pada 3 Hingga 5 Mei 2012 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah mengadakan jualan kraf sempena Majlis Pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Kota Bharu, Kelantan. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yab Perdana Menteri, Dato’seri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada 4 Mei 2012. Program ini merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ke 4 (NBOS4) yang diilhamkan oleh Yab PM sendiri.