Ahad, 16 September 2012

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

Pada 12 September 2012 telah diadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri sempena Promosi Kraf Syawal bertempat di Pusat Jualan Kraf, Bunut Payong. Dianggarkan seramai 600 orang telah hadir memeriahkan majlis kali ini.

Rabu, 12 September 2012

Jualan, Interaktif & Demonstrasi Kraf Sempena Lawatan Pengurus Pengurus Kanan Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS)

Pada 10 September 2012 lalu, jam 2pm-5pm, bertempat di Pusat Jualan Kraf, Bunut Payong telah mengadakan Jualan, Interaktif & Demonstrasi Kraf Sempena kunjungan daripda isteri pengurus-pengurus kanan Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS). Turut sama hadir Datin Tan Meng Yah, Isteri Dato Timbalan Ketua Pengarah 2, Sektor Pakar JPS. Rombongan tersebut yang seramai 210 orang dipenuhi dengan aktiviti mewarna batik canting dan membeli barangan kraf terutama produk batik.

Isnin, 10 September 2012

Bengkel Aplikasi Ms 692:2007 Dalam Perdagangan Batik

KOTA BHARU, 9 September 2012 - telah berlangsung Bengkel Aplikasi MS 692: 2007 Di Dalam Perusahaan Batik. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Sirim Training Sendirian Berhad. Bengkel ini berlangsung selama sehari dan disertai seramai  35 orang usahawan batik dari negeri Kelantan yang dikendalikan oleh Puan Noor Hayati Mokhtar Konsultant Kanan Sirim Berhad. Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai kepentingan penggunaan standard di dalam memberi nilai tambah persaingan di dalam era globalisasi. Antara topik yang didedahkan di dalam bengkel ini adalah Masa Depan dan Hala Tuju Industri Batik, Kepentingan MS 692: 2007 (Batik Malaysia) di Era Globalisasi, dan Kepentingan Harta Intelek. Di penghujung bengkel usahawan menyatakan harapan supaya bengkel ini dianjurkan dengan lebih kerap kerana ianya mampu memberi pengetahuan yang amat bernilai kepada para usahawan berkaitan maklumat,isu-isu dan cabaran terkini industri batik.

Ahad, 2 September 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kami warga Kraftangan Kelantan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun' buat seluruh rakyat Malaysia walau di mana saja anda berada. Tanggal 31 Ogos merupakan satu tarikh yang amat bermakna buat seluruh rakyat Malaysia dan tarikh tersebut seharusnya dirai dengan penuh kesyukuran kerana kita telah diberikan nikmat keamanan hasil dari kemerdekaan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka harus berusaha untuk mengekalkan keamanan yang ada di samping berjuang untuk menuju ke arah negara maju dan berjaya. 

"SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-55 TAHUN"