Isnin, 15 Oktober 2012

Bimbingan Teknik Pembuatan Produk Seramik Mambong (Teknik Throwing)

KUALA KRAI, 2 – 4 Oktober 2012, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan dengan kerjasama Cawangan Perak telah menganjurkan Bengkel Bimbingan Teknik Pembuatan Produk Seramik Mambong (Teknik Throwing). Bengkel ini telah diadakan di Kg Mambong, Kuala Krai melibatkan 6 orang usahawan dibawah bimbingan Encik Nazri bin Zakaria, Pengajar Kraf


Rabu, 10 Oktober 2012

Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Zon Timur 2012

Bertarikh 4 – 6 Oktober 2012 yang lalu, bertempat di Pusat Dagangan (TTC) Kuala Terengganu telah diadakan Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Zon Timur 2012. Program ini merupakan anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan melalui unit Promosi dan Pemuliharaan Kraf telah menyertai program ini melibatkan  5 orang usahawan negeri Kelantan. Pada program ini juga, pihak cawangan turut mengadakan pameran Tekstil Bertema Pop Art dengan kerjasama unit Rekaan.