Jumaat, 23 November 2012

Promosi Kraf Malaysia Peringkat Negeri Kelantan 2012

Kraftangan Malaysia caw Kelantan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2012 serentak di Pusat Jualan Kraf Batu 2, Bunut Payong (26 November hingga 8 Disember 2012) dan di KB Mall (26 November hingga 4 Disember 2012) Kota Bharu. Pelbagai acara dan aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi promosi ini. Antaranya ialah Jualan Produk Kraf, Demonstrasi dan Interaktif Kraf, Pertandingan Sangkar dan Burung Candik, Pameran Motor Klasik, Persembahan Dikir Barat dan pelbagai acara menarik lagi turut disediakan.