Selasa, 26 Mac 2013

Promosi Bazar Kraf 2013

Promosi Bazar Kraf di Pusat Jualan Kraf Batu 2, Bunut Payong akan diadakan mulai 29-31 Mac 2013 ini. Selain jualan produk kraf aktiviti menarik menanti anda, antaranya Demonstrasi Kraf Pandai Besi, Anyaman Mengkuang, Pembuatan Wau & Kraf Logam Perak. Turut diadakan Interaktif Kraf Batik & Seramik dan juga bicara Adiguru Kraf. Pertandingan Seni Suara Burung Candik turut diadakan. Pakat-pakat adik kakok maghi belako..

Isnin, 25 Mac 2013

Abdul Latiff Bin Long



Abdul Latiff Bin Long
Tukang Ulung Ukiran Kayu (2013)
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 22 Disember 1946

PENGHASILAN KARYA / REKACIPTA

i. Tahap penghasilan karya / rekacipta
a) Eksklusif
1. Hasil rekaannya pernah dijadikan hiasan pintu serta dinding di bebebrapa bangunan besar, termasuk Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Pejabat Penerbangan Malaysia (MAS) di London, Tokyo, Hong Kong dan Loas Angelas.

b) Pasaran Khusus (Niche market)
1. Pada awal penglibatan, Che Latif telah membuka sebuah bengkel secara kecil sahaja di laman rumahnya yang beralamat Batu 1 ¼ , Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
2. Che Latif juga menghasilkan produk-produk yang dijual kepada pihak atau individu tertentu sahaja untuk tempahan khas.

ii. Karya / rekacipta yang menjadi ikutan (trend-setter)
Beliau boleh mengukir pelbagai jenis ukiran seperti Singahsana Istana, mimbar masjid, rumah tradisional melayu,sarong keris, ukiran pintu, siling dan dinding.

iii. Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta 
Ketika berumur 17 tahun, beliau mula membuat kajian dari segi Sarong Keris dan Ulu Senjata Melayu di merata – rata tempat daerah, kampung – kampung seluruh negeri. Kebolehan beliau dalam bidang ukiran kayu tiada tandingan. Keunikan ukiran beliau ialah corak Bunga Lada Hitam pada mimbar serta teknik ukiran Tebuk Timbul Silat. 

PENGIKTIRAFAN DAN PENCAPAIAN

i. Pengiktirafan ke atas kepakaran
Beliau mendapat pengiktirafan semasa membuat Singahsana Istana Negara, Kuala Lumpur iaitu pingat Pertabalan DYMM (SPB) Yang Di Pertuan Agong ke VII iaitu Sultan Hj. Ahmad Shah Pahang pada 06 Oktober 1980.

ii. Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta
 
Beliau terkenal sebagai pengukir kayu tradisional di Kelantan.Kemahirannya mengukir, termasuk mimbar masjid yang menjadikan nama beliau terkenal bukan sahaja di dalam, malah di luar negara.

iii. Pencapaian kerjaya
Antara ciptaan terbesar beliau adalah ukiran di dinding dan bangunan dalam Dewan Undangan Negeri( DUN ) di Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.  Bagi memperkembangkan lagi industri  ukiran kayu di peringkat global beliau telah mengesyorkan kepada Datok Yaakob Latif iaitu Datok Bandar Kuala Lumpur supaya dibentangkan dalam sidang parlimen untuk memartabatkan lagi industri ukiran kayu tersebut.

iv. Dokumentasi
Menghasilkan beberapa buah buku untuk didokumentasikan sebagai rujukan kepada agensi – agensi kerajaan, swasta khususnya untuk arkitek, penuntut – penuntut IPTA dan IPTS. Contohnya buku Jenis Bunga Melayu.



SUMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF NEGARA

i. Menurunkan kemahiran
Che Abdul Latif telah menurunkan kemahiran yang dimiliki melalui latihan, mengajar serta mewariskan kemahiran dan kepakarannya kepada masyarakat setempat, antaranya Rosli Bin Mohd Tahir. Pernah menjadi guru pengukir Lembaga Kraftangan Malaysia, Temerloh pada 01.04.1975.

ii. Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu
Menyertai Promosi Kraf Malaysia sempena HKK 2007

iii. Menjadi pakar rujuk
Sebagai Panel Penasihat menyuarat Lembaga Kraftangan Malaysia pada tahun 1974 dan menjadi penasihat kepada Persatuan Arkitek Malaysia.

KOMITMEN YANG TINGGI DALAM MEMARTABATKAN SENI KRAF WARISAN NEGARA

i. Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran 
Sentiasa dikunjungi oleh penuntut – penuntut IPTA dan IPTS serta mengadakan bengkel – bengkel di Universiti tempatan.

ii. Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan
Faktor pendorong kepada beliau supaya meneruskan seni pertukangan kraf tradisional ialah ayah beliau iaitu Che Long bin Yusoff yang dikenali sebagai Dr.Che Long.

Rabu, 20 Mac 2013

Promosi Bazar Kraf di Pusat Jualan Kraf Batu 2

Promosi Bazar Kraf di Pusat Jualan Kraf Batu 2, Bunut Payong akan diadakan mulai 29-31 Mac 2013 ini. Selain jualan produk kraf aktiviti menarik menanti anda, antaranya Demonstrasi Kraf Pandai Besi, Anyaman Mengkuang, Pembuatan Wau & Kraf Logam Perak. Turut diadakan Interaktif Kraf Batik & Seramik dan juga bicara Adiguru Kraf. Pakat-pakat adik kakok maghi belako..

Ahad, 10 Mac 2013

Lawatan Berpandu daripada Ahli Pengakap Kanak – Kanak Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu

Pada 04/03/2013 Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menerima lawatan berpandu daripada Ahli Pengakap Kanak – Kanak Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Seramai 84 Orang Murid dan 6 Orang guru pengiring telah berpeluang menyertai aktiviti mewarna batik blok dan mewarna pasu seramik yang disediakan oleh pihak kraftangan di Pusat Jualan Kraf, Batu 2.


Khamis, 7 Mac 2013

Promosi Jualan Produk Kraf

Sempena Majlis Perasmian Kompleks Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Kelantan pada 21 hingga 23 Februari 2013 PKKM Cawangan telah mengadakan promosi jualan produk kraf seperti batik, aneka kraf, seramik dan logam ( alatan senjata keris). Seramai 5 orang usahawan kraf terlibat. Disamping itu pameran batik berkonsepkan cubism juga turut diadakan.