Jumaat, 30 Ogos 2013

Majlis Mesra Aidilfitri Kraftangan Kelantan 2013

Pada 29 Ogos 2013 lalu, Kraftangan Cawangan Kelantan telah mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri bertempat di Pusat Jualan Kraf, Bunut Payong. Antara para tetamu yang hadir memeriahkan majlis adalah usahawan kraf, wakil agensi kerajaan, wartawan, pembekal, anak-anak yatim, bekas-bekas kakitangan Kraftangan dan juga penduduk sekitar. Pada majlis itu juga, YBhg. Encik Mohd. Kamil Bin Mohd, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia turut hadir bagi mempengerusikan perjumpaan bersama Persatuan Pembatek Negeri Kelantan. Pada kesempatan ini juga YBhg. Ketua Pengarah bersama-sama Encik Ibrahim bin Hj Ismail, Pengarah Bahagian Usahawan sempat melakukan upacara menanam pokok di Pusat Jualan Kraf.