Selasa, 27 Mei 2014

Promosi Kraf Malaysia 2014 di Pusat Beli Belah KB Mall

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2014 di Pusat Beli Belah KB Mall, Kota Bharu pada 1 hingga 10 Jun 2014, dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai acara dan aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi promosi ini. Antaranya ialah Jualan Produk Kraf, Demonstrasi, Interaktif Kraf, Persembahan Kebudayaan dan cabutan bertuah serta pelbagai lagi acara menarik turut disediakan. Adik kakok pakat-pakat maghi belako..