Khamis, 13 April 2017

Pertukaran Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan

Bermula pada 15 April 2017 nanti En. Juhari Azmi, Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan akan bertukar ke Institut Kraf Negara dan tempat beliau akan diganti oleh Pn. Ainu Sham Binti Haji Ramli.
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar utk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Salam perpishan dari kami warga Kraftangan Kelantan, Semoga Maju Jaya di tempat baru.
Kami warga Kraftangan Kelantan mengalu-alukan kedatangan Pengarah Baru, Pn. Ainu Sham Binti Haji Ramli, Selamat Datang diucapkan.


Rabu, 29 Mac 2017

Promosi Kraf Malaysia 2017 di Giant Superstore, Tunjung

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia 2017 buat kali pertamanya pada tahun ini bermula di Giant Superstore, Tunjung sempena pembukaan Giant Superstore baru di negeri kelantan pada 30 Mac 2017 ini.
Pelbagai aktiviti jualan produk kraf seperti kraf tekstil (batik), hasil rimba (perabot ukiran kayu) dan aneka kraf (bunga hiasan/aksesori wanita) yang boleh didapati dengan harga terus dari kilang.
Disamping itu, pameran produk baru, khidmat nasihat dan bantuan teknikal proses membatik, mengenali batik asli kelantan serta pameran peralatan uji mutu batik bagi menentukan tahap kualiti MS692:2007 Batik Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini…jom jumpa di sana…


Selasa, 21 Februari 2017

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017 kembali lagi, pesta jualan kraf tahunan terbesar di Malaysia. HKK 2017 akan bermula pada 22 Feb hingga 6 Mac 2017, 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Anda dijemput datang beramai-ramai!