Tentang Kami

Latar Belakang
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1972, pada masa itu dikenali sebagai Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan Malaysia (PKPTM) yang berpejabat di Batu 2, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. Pada tahun 1992, lokasi pejabat telah berpindah ke bangunan sekarang, bertempat di KM.10, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. Keluasan kompleks ini ialah 6.3 ekar. Kompleks Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan juga dikenali dengan nama Pusat Inovasi Kraf Batik.

Aktiviti Utama
  • Memajukan dan di mana perlu, menggiat dan memulihkan kemahiran dan ketukangan tradisional ;
  • Memajukan dan menggiat perkembangan dan memelihara standard, perusahaan kraftangan dengan berbagai cara, termasuk mengadakan perkhidmatan penyelidik, penasihat dan pengembang;
  • Memandu, mengorientasi dan membantu tukang-tukang yang ada sekarang ke arah penggunaan cara-cara moden pengeluaran, pengurusan dan pemasaran;
  • Mengawal, meninggikan dan memperbaiki kualiti dan menyenggara standard dan keluaran-keluaran kraftangan untuk pasaran tempatan dan luar negara;dan
  • Memajukan pemasaran dan pengeksportan keluaran-keluaran kraftangan.

Pembangunan Rekaan
Bahagian Pembangunan Rekaan menerajui usaha-usaha pembangunan dan merekacipta produk untuk industri kraf . Rekaan-rekaan yang dikeluarkan mengambil kira hasil-hasil kajian pengguna yang dibuat untuk mengetahui kehendak pelanggan domestik dan eksport. 
Kajian Dan Teknikal
Bahagian Kajian dan Teknikal pula menjalankan aktiviti kajian dan penyelidikan bagi tujuan inovasi penggunaan bahan dan proses serta tenologi bagi menghasilkan produk kraf yang lebih bermutu, kos efisyen,memenuhi standard kualiti serta mampu berdaya saing dalam pasaran domestik dan global.

Pembangunan Usahawan Kraf
Bahagian Pembangunan Usahawan Kraf pula menjalankan usaha-usaha membangunkan usahawan kraf yang berinovatif dan berwibawa yang mempunyai daya saing dalam pasaran melalui aktiviti-aktiviti :
  •  Satu Daerah Satu Industri
  •  Pentahapan Usahawan Kraf
  •  Skim Perantisan Kraf Warisan
  •  Skim Inkubator Kraf
  •  Skim Khidmat Kraf
  •  Latihan Jangka Pendek

Pemasaran dan Promosi
Bahagian Pemasaran dan Promosi menjalankan usaha-usaha peningkatan saiz pasaran kraf tempatan , mempopularkan produk kraf, menanam kesedaran dan minat cintakan kraf serta mewujudkan pasaran khusus atau niche market bagi produk-produk baru kraf yang eksklusif dan berkualiti. Usaha-usaha ini dijana melalui strategi pembangunan pasaran,  penembusan pasaran, kepelbagaian pasaran, kelainan pasaran serta Program Promosi Kraf. 

Bahagian Pemasaran dan Promosi menjalankan aktiviti-aktiviti yang memberi tumpuan kepada pasaran di peringkat domestik & antarabangsa seperti berikut :
  •  Bilik Pameran
  •  Bazar Kraf
  •  Spot Sales
  •  Pameran Korporat
  •  Khidmat Sokongan Usahawan
  •  Lawatan Rasmi dan Awam

Pemuliharaan Kraf
Memulihkan dan mengekalkan warisan seni pertukangan tradisional sebagai industri budaya negara dengan mewujudkan program-program pendidikan kraf di sekolah-sekolah, mewujudkan dan membangunkan kraf warisan serta proses pembuatan didokumenkan.    

*******************************************************************************************
CARA UNTUK KE PKKM CAWANGAN KELANTAN


PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN
KM 10, Jalan Kuala Krai,
16010 Kota Bharu,
Kelantan.

Tel : +609-712 6266
Faks : +609-712 6278
Email : pkkelantan@kraftangan.gov.my