Lawatan Berpandu

Kraftangan Malaysia menjemput mana-mana pihak yang berminat untuk mengadakan aktiviti Interaktif (mempelajari) Kraf seperti Kraf Mewarna Batik, Kraf Anyaman Buluh, Kraf Anyaman Rotan, Kraf Anyaman Mengkuang dan Dekorasi Seramik. Pihak Kraftangan Malaysia berbesar hati untuk memberikan perkhidmatan dan kemahiran yang kami ada kepada masyarakat. Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan Pegawai Unit Pemulihaaran Kraf, Puan Junainah Ismail di talian telefon 09-7126266 atau faks 09-7126278. Sekiranya berminat sila ajukan surat permohonan anda kepada alamat berikut :
Pengarah
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan
KM10, Jalan Kuala Krai,
16010 Kota Bharu
Kelantan.