Memaparkan catatan dengan label Buletin Kraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buletin Kraf. Papar semua catatan

Khamis, 2 April 2015

Pengambilan Pelajar Program Pengajian Latihan Kemahiran dalam bidang Kraf di Institut Kraf Negara (IKN) 2015

Selasa, 15 April 2014

Lawatan Rasmi Pengerusi Kraftangan Malaysia YBhg Dato' Sohaimi Shahadan

KOTA BHARU 5 April 2014 (Sabtu) - Pengerusi Kraftangan Malaysia YBhg Dato' Sohaimi Shahadan telah mengadakan lawatan rasmi ke Kraftangan Malaysia Caw Kelantan sempena Program Taklimat & Pendaftaran Bebas Muflis Peringkat Negeri Kelantan. Pada lawatan ini juga tuan Pengerusi juga sempat melawat ke bengkel usahawan kraf.



Khamis, 13 Februari 2014

Salam Takziah


Pihak Kraftangan Malaysia Caw Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Faezah binti Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pasaran dan Promosi Kraftangan Malaysia yang telah pulang ke rahmatullah pada 12 Februari 2014 bersamaan 12 Rabiulakhir 1435H jam 3.30 petang. Allahyarhamah dikebumikan pada pagi 13 Februari 2014 jam 9.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Kehilangan seorang ketua, rakan, ibu yang berdedikasi, disenangi, dihormati dan disayangi ini amat dirasai oleh semua yang mengenali beliau. Semoga rohmu tenang di samping Allah S.W.T. Al-Fatihah.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Majlis Mesra Aidilfitri Kraftangan Kelantan 2013

Pada 29 Ogos 2013 lalu, Kraftangan Cawangan Kelantan telah mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri bertempat di Pusat Jualan Kraf, Bunut Payong. Antara para tetamu yang hadir memeriahkan majlis adalah usahawan kraf, wakil agensi kerajaan, wartawan, pembekal, anak-anak yatim, bekas-bekas kakitangan Kraftangan dan juga penduduk sekitar. Pada majlis itu juga, YBhg. Encik Mohd. Kamil Bin Mohd, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia turut hadir bagi mempengerusikan perjumpaan bersama Persatuan Pembatek Negeri Kelantan. Pada kesempatan ini juga YBhg. Ketua Pengarah bersama-sama Encik Ibrahim bin Hj Ismail, Pengarah Bahagian Usahawan sempat melakukan upacara menanam pokok di Pusat Jualan Kraf.

Ahad, 21 April 2013

Pengambilan Pelajar Program Pengajian Latihan Kemahiran dalam bidang Kraf di Institut Kraf Negara (IKN) 2013

Pengiktirafan Kelayakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Setaraf dengan IPTA Tempatan PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA melalui Institut Kraf Negara (IKN) menawarkan program pengajian latihan kemahiran dalam bidang kraf secara sepenuh masa. Borang permohonan boleh didapati di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan seperti mana alamat berikut : 

KM10, Jalan Kuala Krai,
16010, Kota Bharu,
Kelantan
Tel : 09-721 6266 / 77

Permohonan juga boleh dibuat secara online di http://www.ikn.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan 15 Mei 2013

Ahad, 2 September 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kami warga Kraftangan Kelantan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun' buat seluruh rakyat Malaysia walau di mana saja anda berada. Tanggal 31 Ogos merupakan satu tarikh yang amat bermakna buat seluruh rakyat Malaysia dan tarikh tersebut seharusnya dirai dengan penuh kesyukuran kerana kita telah diberikan nikmat keamanan hasil dari kemerdekaan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka harus berusaha untuk mengekalkan keamanan yang ada di samping berjuang untuk menuju ke arah negara maju dan berjaya. 

"SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-55 TAHUN"

Isnin, 13 Ogos 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum,
 
Kami Cawangan Kelantan Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh anggota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Buah kedudu dibuat tepung,
Untuk berjimat di hari raya,
Bila memandu pulang ke kampung,
Sentiasa berhemat di jalan raya.

Rabu, 4 Julai 2012

Majlis Perpisahan Norshela Emyza Bt. Ahmad Baharudin

Selamat bertugas di tempat baru kepada Norshela Emyza Bt. Ahmad Baharudin yang berhijrah ke IKN mulai 1 Julai 2012. Beliau telah bertugas selama 3 tahun di Cawangan Kelantan sebagai Pengajar Kraf di Unit Pasaran & Promosi. Di ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi, jasa dan bakti yang dicurahkan tetap akan dikenang. Sementara itu, Tahniah! kepada Encik Mohd Zairul Bin. Muhd Zawawi yang telah menamatkan zaman bujangnya.

Rabu, 15 Februari 2012

Hari Kraf Kebangsaan 2012


Hari Kraf Kebangsaan 2012 dijadualkan akan berlangsung pada 21 Mac hingga 2 April 2012, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Hari Kraf Kebangsaan 2012.

Isnin, 30 Januari 2012

Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan

Pada 27 Januari 2012, telah berlangsung program Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan yang dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Mohamad Fatmi B. Haji Che Salleh, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri bertempat di Dewan Kasturi Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PerdasamaMuda) dan Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan (BePU) dengan kerjasama Kraftangan Malaysia.

Lawatan Kerja Pengerusi Kraftangan Malaysia Bersama Penggiat Kraf Negeri Kelantan

Pada 26 Januari 2012 yang lalu, Lawatan Kerja Pengerusi Kraftangan Malaysia YBhg. Dato' Sohaimi Shahadan, Bersama Penggiat Kraf Negeri Kelantan ke rumah Adiguru Kraf Serunai, Isa Samad atau lebih dikenali Wak Isa di Kampung Kebakat, Tumpat Kelantan. YBhg. Dato' Sohaimi Shahadan meluangkan masa selama 2 jam di rumah Adiguru berkenaan bagi melihat proses penghasilan Serunai, Rebab, Gendang Ibu dan beberapa jenis alat muzik tradisional. Di akhir sesi lawatan, Pengerusi Kraftangan Malaysia diberi peluang untuk bermain Gendang Anak bersama-sama Kumpulan Muzik Tradisional Adiguru Kraf Serunai.

Lawatan Rasmi Ahli Lembaga Pengarah Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Ke Kraftangan Malaysia

Pada 26 Januari 2012, YBhg. Dato' Sohaimi Shahadan bersama dengan ahli Lembaga Pengarah Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) telah melawat ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Bersempena lawatan tersebut, satu jaringan kerjasama telah dapat diwujudkan bagi kemajuan bersama.

Ahad, 15 Januari 2012

Lawatan Kerja Pengerusi Kraftangan Malaysia Ke Cawangan Kelantan

Pada 11 Januari 2012 yang lalu, YBhg. Dato' Sohaimi Shahadan, Pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Pada lawatan tersebut, belia sempat beramah mesra dengan semua anggota kerja dan memberi amanat untuk menggerakkan Pelan Transformasi Kraf Negara bagi memacu kemajuan industri kraf negara. Beliau juga sempat berkunjung ke bengkel inkubator dan usahawan kraf.

Kunjungan YBhg. Puan Sri Dato’ Wan Noorlina Wan Hussin, Yang Di Pertua Puspanita Kebangsaan Ke Kraftangan Malaysia

Pada 17 Januari 2012, YBhg. Puan Sri Dato’ Wan Noorlina Wan Hussin, Yang Di Pertua Puspanita Kebangsaan telah berkunjung ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat dengan lebih dekat hasil-hasil kraftangan negeri Kelantan seperti kraf batik, kraf besi, kraf kayu dan anyaman.

Isnin, 28 November 2011

Konvesyen Inovatif Dan Kreatif Peringkat Kementerian

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah dipilih mewakili Kraftangan Malaysia menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) peringkat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dari 21 hingga 24 November 2011 bertempat di Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur. Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan mengenengahkan satu hasil inovasi iaitu mini steamer batik yang lebih jimat, mudah dan mesra alam bagi kegunaan industri batik.

Ahad, 30 Oktober 2011

Selamat Datang Timbalan dan Pengarah Baru Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan

Kami seluruh warga kakitangan PKKM Cawangan Kelantan mengucapkan selamat datang kepada Encik. Mohd Razis Bin Md Said dari bahagian Pembangunan Usahawan Ibupejabat dan Encik. Juhari Bin Azmi dari bahagian Rekaan Ibu Pejabat yang telah di tukarkan ke cawangan Kelantan berkuatkuasa pada 20 Oktober 2011 yang lalu. Encik. Mohd Razis Bin Md Said telah dilantik sebagai Pengarah manakala Encik Juhari Bin Azmi sebagai Timbalan Pengarah. Sementara itu, bekas Pemangku Pengarah Encik Faizul Azha Bin Ibrahim telah bertukar ke PKKM Cawangan Kedah sebagai Pengarah PKKM Cawangan Kedah. Di ucapkan selamat maju jaya kepada beliau, jasa dan bakti yang dicurahkan tetap akan dikenang.

1) Encik Mohd Razis Bin Md Said - Pengarah PKKM Cawangan Kelantan
2) Encik Juhari Bin Azmi - Timbalan Pengarah (Pereka B44)
3) Encik Faizul Azha Bin Ibrahim - Pengarah PKKM Cawangan Kedah


Selasa, 26 Julai 2011

Lawatan Kerja Malaysia-German of Commerce and Industry (MGCC) ke Cawangan Kelantan

Pada 26 – 28 Julai 2011, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menerima lawatan kerja dari Malaysia-German of Commerce and Industry (MGCC). Lawatan kerja ini dibuat susulan daripada perbincangan pihak MGCC dengan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Kraftangan Malaysia dan UPEN Negeri Kelantan pada 15 Jun 2011 tempoh hari di Putrajaya berkenaan penerapan Konsep Pengeluaran Bersih (Cleaner Production) di dalam industri batik. Fokus utama lawatan ini adalah untuk pihak MGCC melihat sendiri dan mengumpul maklumat berkenaan sistem operasi pengeluaran batik di Kelantan. Pihak MGCC telah dibawa melawat ke kilang-kilang batik terpilih di negeri Kelantan.