Memaparkan catatan dengan label Pembangunan Usahawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembangunan Usahawan. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mac 2016

Demonstrasi produk kraf berteraskan penggunaan api dalam pembuatannya di Hari Kraf Kebangsaan 2016

Selasa, 8 Januari 2013

Seri sulaman Kelingkan

Seri Sulaman Kelingkan - Keratan Utusan Malaysia, Rabu 2 Januari 2013


Isnin, 15 Oktober 2012

Bimbingan Teknik Pembuatan Produk Seramik Mambong (Teknik Throwing)

KUALA KRAI, 2 – 4 Oktober 2012, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan dengan kerjasama Cawangan Perak telah menganjurkan Bengkel Bimbingan Teknik Pembuatan Produk Seramik Mambong (Teknik Throwing). Bengkel ini telah diadakan di Kg Mambong, Kuala Krai melibatkan 6 orang usahawan dibawah bimbingan Encik Nazri bin Zakaria, Pengajar Kraf


Rabu, 18 Julai 2012

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jangka Pendek (LJP) 2012

Pada 15 Julai 2012, Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Jangka Pendek (LJP) 2012 telah diadakan bertempat di Dewan Kasturi Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd. Kamil Bin Mohd, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Seramai 45 orang pelatih telah berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.

Ahad, 15 Julai 2012

Pameran Korporat Dan Demo Pembuatan Kraf Orang Asli Sempena Program Jalinan Kasih

Pada 14 Julai 2012 lalu, Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan telah mengadakan Pameran Korporat Dan Demo Pembuatan Kraf Orang Asli Sempena Program Jalinan Kasih bertempat di Pos Handrop, Gua Musang. Program ini merupakan anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK).

Isnin, 21 Mei 2012

Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Mengkuang

Pada 24 hingga 25 April 2012 lalu, Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan telah mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Mengkuang bertempat di Bukit Tanah, Pasir Puteh. Seramai 10 orang peserta mengambil bahagian yang terdiri dari penduduk kawasan sekitar. Dalam bengkel ini ditekankan penghasilan perwarnaan produk sesuai dengan pasaran masa kini yang berkonsepkan “Pop Art”.

Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Buluh Kraf Warisan Orang Asli

Pada 29 April hingga 6 Mei 2012 lalu, Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan dengan kerjasama cawangan Perak serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Anyaman Buluh bertempat di Perkampungan orang asli Kg. Sangwai, Lojing Gua Musang. Seramai 21 orang peserta mengikuti bengkel ini dengan jayanya. Peserta bengkel dibimbing menghasilkan produk kraf bakul serbaguna yang berkonsepkan perwarnaan “Pop Art”.

Isnin, 5 Mac 2012

PENGUMUMAN - LATIHAN JANGKA PENDEK

PENGAMBILAN PELATIH UNTUK LATIHAN JANGKA PENDEK ASAS BATIK TERAP DAN BLOK BATIK.
UTK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI KRAFTANGAN CAW.KELANTAN 09-7126266
KELAYAKAN: WARGANEGARA MALAYSIA
UMUR : 18 - 30 TAHUN
MEMPUNYAI MINAT DAN KESUNGGUHAN DALAM BIDANG BATIK
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 MAC 2012
JANGKA MASA LATIHAN : 3 BULAN ( 03 APRIL - 30 JUN 2012 )

Jumaat, 23 Disember 2011

Majlis Menandatangan Dan Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru Kraf 2011

Pada 18 Disember 2011, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Menandatangani dan Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru Kraf 2011 bertempat di dewan kasturi Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Encik Mohd. Kamil Bin Mohd. Ali. Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh / master craftsmen setelah mereka menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Seramai 2 orang tokoh kraf dari Negeri Kelantan dan seorang tokoh dari Negeri Terengganu telah dipilih iaitu :
i. En. Md Ghani Bin Mat - Adiguru Blok Batik (Kelantan)
ii. En. Mohamed@Mohd Daun Bin Yusoff - Adiguru Pertukangan Perak (Kelantan)
iii. En. Nor Haiza Bin Noor Din - Adiguru Ukiran Halus (Terengganu)

Rabu, 21 Disember 2011

Taklimat Projek Orientasi Pengeluaran (OP) Produk Barang Kemas Perak

Pada 4 Disember 2011, Kraftangan Malaysia Kelantan telah mengadakan Taklimat Projek Orientasi Pengeluaran (OP) produk barang kemas perak sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 bertempat di Kraftangan Malaysia Kelantan dan disertai seramai 12 orang pengusaha perak yang akan menyertai jualan di Hari Kraf Kebangsaan pada tahun hadapan. Objektif utama taklimat ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam rekabentuk produk, aplikasi bahan dan gabungan teknik pengeluaran agar memenuhi kehendak pasaran semasa. Disamping memberi pendedahan perkembangan rekaan dan menghayati seni kraf barang kemas perak kontemporari serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Ahad, 30 Oktober 2011

Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Rekaan Produk Batik Menggunakan Teknik Blok

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menganjurkan Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Rekaan Produk Menggunakan Teknik Blok Batik pada 10-13 Oktober 2011 bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan dan untuk latihan praktikal selama 3 hari diadakan di bengkel batik usahawan Ayu Fashion, Tumpat. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan untuk menghasilkan rekaan produk baru menggunakan teknik batik blok dengan penggunaan skima warna ‘pop art’. Fokus diberikan kepada ‘placing’ produk yang akan dihasilkan. Tenaga pengajar untuk bengkel bimbingan teknikal ini ialah En.Ibrahim Bin Deraman iaitu dari Ayu Fashion. Penyertaan adalah seramai 20 orang dimana terdiri daripada usahawan-usahawan batik Negeri Kelantan, Selangor, Johor, Terengganu, Kedah, dan Perak. Bengkel ini dikendalikan oleh anggota kerja Kraftangan dari ibu pejabat seramai 4 orang dan dibantu oleh anggota kerja PKKM Cawangan Kelantan.Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan batik terhadap penghasilan kain batik dengan menggunakan teknik blok, dengan memfokuskan kepada cara perletakan rekaan ke atas kain.

Rabu, 8 Jun 2011

Penyerahan Bengkel Kraf di Kampung Sangwai, Post Brooke, Daerah Lojing, Gua Musang, Kelantan.

Pada 1 Jun 2011, Pengarah Kraftangan Cawangan Kelantan, Encik Khamis Bin Yasim telah menyerahkan secara rasmi Bengkel Kraf bantuan Kraftangan Malaysia kepada Tok Batin, Encik Bidi Bin Ronggeng, di Kampung Sangwai, Post Brooke, Daerah Lojing, Gua Musang, Kelantan. Bengkel ini merupakan bantuan Kraftangan Malaysia kepada penduduk Kampung Sangwai dan telah mula dibina pada 11 April 2011.

Khamis, 19 Mei 2011

Penyerahan Bilik Ruang Jualan Kraf Untuk Koperasi Serbaguna Pembatek Kelantan

Kraftangan Malaysia telah memberikan bantuan Bilik Ruang Jualan Kraf kepada Koperasi Serbaguna Pembatek Kelantan Berhad.Bilik Ruang Jualan ini telah siap dibina pada 5 April 2011 dan pada 6 April 2011 Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, En Khamis Bin Yasim telah menyerahkan kunci kepada En. Kamarozzaman Bin. Salleh, Pengerusi Koperasi Serbaguna Pembatek Kelantan Berhad.

Sabtu, 30 April 2011

Bengkel Bimbingan Teknikal Sculpturing dalam Pembuatan Paten

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menganjurkan Bengkel Bimbingan Teknikal Teknik Sclupturing Dalam Pembuatan Paten pada 25-29 April 2011 yang lalu bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Penyertaan adalah seramai 15 orang dimana terdiri daripada usahawan-usahawan pertukangan perak di Negeri Kelantan dan anggota kerja Kraftangan Cawangan Kelantan. Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Mohmad Mahadzir Bin Haji Aboo Hassan dari syarikat Key Two Communications Sdn. Bhd dari Selangor. ‘Sculpturing’ adalah satu proses awalan penghasilan paten / pola dalam pengeluaran produk logam secara manual. Ia adalah satu proses menterjemahkan rekaan secara terus dari lakaran kepada bahan kerja berbentuk ‘relief’ dan 3 dimensi dengan bantuan alatan tangan yang murah dan mudah digunakan. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan, pemahaman dan kebolehan kepada pengusaha agar dapat mengaplikasikan teknik ‘sculpturing’ sebagai alternative kepada kos penghasilan ‘pattern’ menggunakan kaedah ICT yang tinggi.