Memaparkan catatan dengan label Pentadbiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pentadbiran. Papar semua catatan

Khamis, 3 Julai 2014

SEBUT HARGA BAGI PENERBITAN DOKUMENTARI ADIGURU KRAF SULAMAN KELINGKAM, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA BAGI PENERBITAN DOKUMENTARI ADIGURU KRAF SULAMAN KELINGKAM, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

TARIKH TUTUP : 16 JULAI 2014 (RABU) Sebelum 12.00 Tengah Hari

 

Download Sebut Harga 

Khamis, 22 Disember 2011

Bengkel Pengucapan Awam

Bermula 6 hingga 8 Disember 2011 yang lalu telah diadakan Bengkel Pengucapan Awam bertempat di dewan kasturi Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini telah dikendalikan oleh penceramah dari Institut Tadbiran Awam Wilayah Timur (INTIM). Objektif kursus adalah untuk mendedahkan peserta bengkel kepada teori dan teknik pengucapan awam yang berkesan dan meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri semasa mengacarakan majlis.

Selasa, 4 Oktober 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011

Pada 27 September 2011, bersamaan 29 Syawal 1432H bertempat di Dewan Kasturi Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah diadakan Majlis Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2011. Diharap dengan majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini dapat mengeratkan lagi hubungan dikalangan kakitangan dan juga usahawan agar semakin erat bekerjasama meningkatkan industri kraf.

Selasa, 26 Julai 2011

Kursus Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran

Pada 26 Julai 2011, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menganjurkan Kursus Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran yang telah dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Kota Darulnaim. Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota kerja tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran di bangunan, bagaimana menggunakan alat pemadan api mudah alih yang sediada dibangunan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.

Khamis, 28 April 2011

Bengkel Latihan Hand-On HRMIS

Pada 25 April 2011, seramai empat pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan yang diketuai oleh Penolong Pengarah (Unit Pengurusan Sumber Manusia) iaitu Encik Syardi Bin Mohammad telah hadir untuk memberi satu sesi Bengkel Latihan Hand-on HRMIS Modul Cuti dan SKT-LNPT. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan dengan lebih jelas kepada anggota-anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan mengenai sistem ini. Penggunaan sistem HRMIS ini sangat ditekankan memandangkan ia merupakan KPI Kementerian Kepada Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Diharap sesi latihan ini dapat meningkatkan kemahiran kakitangan mengunakan sistem HRMIS ini.

Khamis, 24 Mac 2011

Ceramah Pencegahan Rasuah

Pada 20 March 2011 lalu, satu sesi ceramah pencegahan rasuah yang bertajuk "Kesalahan rasuah, penyelewengan & salahguna kuasa di kalangan penjawat awam dan punca serta kesan rasuah" telah di adakan di dewan kasturi Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Pihak perbadanan telah menjemput penceramah dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Encik Muhamad Bin Zakaria, ketua Unit Pendidikan Masyarakat.

Ahad, 13 Februari 2011

Perhimpunan Bulanan Februari 2011

Perhimpunan bulanan februari telah diadakan pada 12 Februari 2011 yang lalu. Pada perhimpunan tersebut pengarah cawangan Kelantan En. Khamis Bin Yasim telah menyentuh beberapa perkara termasuklah kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, memperingati kakitangan supaya mematuhi peraturan masa bekerja, menggalakkan amalan budaya bantu-membantu dalam urusan kerja dan meminta setiap kakitangan mengemaskini fail meja dari semasa kesemasa.

Selasa, 28 Disember 2010

Kursus Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja

Pada 21 - 23 disember 2010 lalu telah berlangsung Kursus Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang telah di kendalikan oleh Pegawai dari Intan Wilayah Timur. Kursus selama tiga hari ini telah disertai seramai 36 kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.

Ahad, 11 Julai 2010

Majlis Perpisahan Penuntut Latihan Amali

Pada 10 Julai 2010 yang lalu telah diadakan majlis ringkas sempena tamatnya tempoh Latihan Praktikal yang seramai 16 orang penuntut IPT di Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan yang bermula 10 Mei hingga 10 Julai 2010. Sepanjang tempoh tersebut para pelatih telah banyak terlibat didalam menjayakan aktiviti Cawangan dan menyumbang kepada kejayaan aktiviti tersebut. Kerjasama yang telah dicurah pihak Kraftangan Malaysia mengucap ribuan terima kasih.

Ahad, 4 Julai 2010

Kursus Pengurusan Rekod dan Fail

Pada 27 & 28 Jun 2010, seramai 25 orang kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, telah mengikuti dengan jayanya Kursus Pengurusan Rekod dan Fail bertempat di Dewan Kasturi PKKM Cawangan Kelantan. Kursus ini merupakan anjuran Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan dan dikelolai oleh En. Yahya dari Jabatan Arkid Negara Cawangan Kelantan.