Khamis, 3 Julai 2014

SEBUT HARGA BAGI PENERBITAN DOKUMENTARI ADIGURU KRAF SULAMAN KELINGKAM, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA BAGI PENERBITAN DOKUMENTARI ADIGURU KRAF SULAMAN KELINGKAM, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

TARIKH TUTUP : 16 JULAI 2014 (RABU) Sebelum 12.00 Tengah Hari

 

Download Sebut Harga 

Selasa, 27 Mei 2014

Promosi Kraf Malaysia 2014 di Pusat Beli Belah KB Mall

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2014 di Pusat Beli Belah KB Mall, Kota Bharu pada 1 hingga 10 Jun 2014, dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai acara dan aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi promosi ini. Antaranya ialah Jualan Produk Kraf, Demonstrasi, Interaktif Kraf, Persembahan Kebudayaan dan cabutan bertuah serta pelbagai lagi acara menarik turut disediakan. Adik kakok pakat-pakat maghi belako.. 

Selasa, 15 April 2014

Lawatan Rasmi Pengerusi Kraftangan Malaysia YBhg Dato' Sohaimi Shahadan

KOTA BHARU 5 April 2014 (Sabtu) - Pengerusi Kraftangan Malaysia YBhg Dato' Sohaimi Shahadan telah mengadakan lawatan rasmi ke Kraftangan Malaysia Caw Kelantan sempena Program Taklimat & Pendaftaran Bebas Muflis Peringkat Negeri Kelantan. Pada lawatan ini juga tuan Pengerusi juga sempat melawat ke bengkel usahawan kraf.



Khamis, 27 Februari 2014

Hari Kraf Kebangsaan 2014

Kraftangan Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2014, dari 26 Februari hingga 10 Mac 2014. Semua aktiviti bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Semua dijemput dan masuk adalah percuma. 
AKTIVITI HARIAN
  • Jualan Kraf
  • Pameran dan Jualan Produk Kraf Rekaan Baru
  • Pameran Produk Kraf Warisan
  • Bicara Kreatif
  • Padanan Perniagaan
  • Demonstrasi Kraf Tempatan
  • Demonstrasi Masakan Tradisional
  • Persembahan Kesenian
  • Pertandingan Produk Kraf Terbaik
  • Interaktif Kraf
  • Pameran dan Jualan Seni Ukiran Kayu Dalam Seni Bina
  • Pertandingan Bintang HKK2014
  • Lawatan Berpandu Berkumpulan