Khamis, 10 Disember 2009

Lawatan Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia ke Cawangan Kelantan

Pada 8 Disember 2010 Pengerusi Kraftangan Malaysia yang baru, YBhg. Datuk Zakiah Binti Ahmad telah memilih untuk mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dan juga lawatan di Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Pada sebelah malam, diadakan majlis makan malam menyambut rombongan Jemaah bersama-sama para usahawan dan juga kakitangan PKKM Cawangan Kelantan.

Rabu, 18 November 2009

Kursus Penerangan Penggunaan Piawaian Batik Malaysia MS 692:2006

Pada 17 November 2009, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Kursus Penerangan Penggunaan Piawaian Batik Malaysia MS 692:2006 dengan kerja sama pihak SIRIM dan Jabatan Standard Malaysia. En. Mohd Suhilme Bin Idrus, Pengarah Bahagian Teknikal dari Ibu Pejabat turut hadir memberi ucapan pengenalan. Seramai 45 orang hadir mendengar sesi penerangan yang terdiri daripada usahawan batik dan kakitangan kraftangan sendiri. Pada keseluruhannya kursus yang berlangsung selama sehari ini telah berjaya mencapai objektif untuk memperjelaskan tentang penggunaan piawaian batik Malaysia mengikut MS 692:2006.

Isnin, 26 Oktober 2009

Kursus Pembangunan Rekaan Batik Kelantan Fasa II

Kursus Pembangunan Rekaan Batik Kelantan Tahap Dua ini telah diadakan selama 3 hari mulai 23 – 25 Oktober 2009, bertempat di dewan dan bengkel Kraftangan Malaysia, Cawangan Kelantan.

Isnin, 19 Oktober 2009

Bengkel Ikat Celup (Shibori Some)

Kursus ikat celup ini telah diadakan selama 6 hari mulai 12 – 17 Oktober 2009, bertempat di dewan dan bengkel Kraftangan Malaysia, Cawangan Kelantan. Pengendalian dan perjalanan kursus ikat celup ini adalah berbentuk bengkel. Ianya dikendalikan oleh Puan Hiroko Harada (b. 1948), indigo tie-fying artist, Aikoen Studio. Seramai 13 orang usahawan batik dari seluruh negeri telah mengikuti kursus ini.

Rabu, 14 Oktober 2009

Bengkel Batik Malaysia 2009

Pada 10 hingga 11 Oktober 2009, Yayasan Budi Penyayang Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan telah menganjurkan Bengkel Batik Malaysia 2009 yang bertempat di Kompleks Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dato' Lela Mohd Ahli, Pegawai Ekskutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia. Seramai 100 orang peserta telah mengikuti bengkel ini yang pecahkan kepada 3 kumpulan.

Ahad, 4 Oktober 2009

Majlis Hari Raya 2009

Pada 1 Oktober 2009 yang lalu Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menjemput para usahawan, kontraktor, wakil masyarakat ke Majlis Sambutan Hari Raya Kraftangan Malaysia. Para tetamu yang hadir telah disajikan dengan pelbagai hidangan lazat yang disediakan sendiri oleh semua kakitangan Kraftangan.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Promosi Kraf Malaysia Peringkat Negeri Kelantan

Bermula 6 sehingga 10 Ogos yang lalu telah berlangsung Promosi Kraf Malaysia Peringkat Negeri Kelantan bertempat di perkarangan Komplek Kraftangan Cawangan Kelantan. Pelbagai barangan kraf dari rotan hingga ke batik ada dijual di sini yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 10 pagi hingga 6 petang.

Ahad, 9 Ogos 2009

Bengkel Pewarnaan Asli

Bengkel Pewarnaan Asli ini dijalankan dengan kerjasama daripada Muzium Tekstil Jakarta. Pegawai-pegawai Muzium Tekstil Jakarta merupakan tenaga pengajar bengkel ini. Tiga orang tenaga pengajar tersebut ialah En. Drs. H. Indra Riawan (Pengarah), Ibu Mis’Ari dan Bapak Marjono. Seramai 22 orang peserta telah mengikuti bengkel ini dengan jayanya. Sebilangan besar peserta terdiri daripada pengusaha batik dari seluruh negara dan juga kakitangan Kraftangan Malaysia sendiri. Bengkel ini bermula dari 7 hingga 12 ogos 2009, bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Haji Shahrudin Bin Hj. Mohd Nor serentak dengan perasmian program Promosi Kraf Malaysia Peringkat Negeri Kelantan.

Isnin, 27 Julai 2009

Kursus Pembangunan Rekaan Batik Kelantan Fasa I

Kursus Pembangunan Rekaan Batik Kelantan Fasa 1 telah pun diadakan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan pada 24 Julai hingga 26 Julai 2009. Kursus ini dikendalikan oleh Ikartini Sdn. Bhd. dengan bantuan kepakaran dari Indonesia. Perserta yang mengikuti kursus ini seramai 41 orang 31 orang daripadanya adalah Pembatik Kelantan, 10 daripadanya adalah kakitangan Kraftangan Malaysia dan Kraf Hoding.

Isnin, 25 Mei 2009

Hari Keluarga 2009

Pada 22 & 23 Mei 2009 yang lalu telah di adakan Hari Keluarga kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan bertempat di Resort, Pantai Melawi Bachok. Semua keluarga kakitangan bersama menjayakan program yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.

Jumaat, 8 Mei 2009

Lawatan Rasmi Pengerusi Kraftangan Malaysia Ke Cawangan Kelantan

Pada 7 Mei 2009 Datuk Seri Panglima Haji Salleh Said Keruak, Pengerusi Kraftangan Malaysia, telah mengadakan lawatan rasmi beliau ke Cawangan Kelantan. Tuan Pengerusi turut melawat ke kedai dan bengkel pengusaha kraftangan di Kelantan.