Isnin, 23 Disember 2013

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2014 kali ke 12 pada 26 Feb hingga 10 Mac 2014 (13 hari), bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay. Kepada usahawan negeri Kelantan yang berminat sila isi borang penyertaan yang boleh didapati di pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan atau boleh dimuat turun di Borang HKK14. Borang yang lengkap perlu dikembalikan sebelum 8 Januari 2014.  Bayaran yuran penyertaan sebanyak RM500(10'X10') & RM1,000(10'x20') terhad usahawan kraf perabot, taman & laman. Kaedah pembayaran adalah secara terus (online) menggunakan mesin deposit wang tunai, atau Internet Banking (MAYBANK2U, CIMB Click dan lain-lain berkaitan). Akaun nombor (Maybank) : 5530 3801 0138.

Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek & Penyampaian Insentif Pembangunan Usahawan 2013

Bengkel Penyediaan Blok Batik

Jumaat, 30 Ogos 2013

Majlis Mesra Aidilfitri Kraftangan Kelantan 2013

Pada 29 Ogos 2013 lalu, Kraftangan Cawangan Kelantan telah mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri bertempat di Pusat Jualan Kraf, Bunut Payong. Antara para tetamu yang hadir memeriahkan majlis adalah usahawan kraf, wakil agensi kerajaan, wartawan, pembekal, anak-anak yatim, bekas-bekas kakitangan Kraftangan dan juga penduduk sekitar. Pada majlis itu juga, YBhg. Encik Mohd. Kamil Bin Mohd, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia turut hadir bagi mempengerusikan perjumpaan bersama Persatuan Pembatek Negeri Kelantan. Pada kesempatan ini juga YBhg. Ketua Pengarah bersama-sama Encik Ibrahim bin Hj Ismail, Pengarah Bahagian Usahawan sempat melakukan upacara menanam pokok di Pusat Jualan Kraf.

Rabu, 24 Julai 2013

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Dimaklumkan Kraftangan Malaysia akan menawarkan Sebut Harga Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Bengkel Kraf Di Pasir Mas Kelantan Untuk Tetuan Zakaria Bin Senik [PKKM/KEL/S/78/2013]

Butiran sebut harga adalah seperti berikut:

Tarikh Pelawaan & Lawat Tapak: 29 Julai 2013 (Isnin)
Tarikh Tutup: 5 Ogos 2013 (Isnin); sebelum jam 12.00 tengah hari
Tempat Edar Dokumen Sebut Harga : PKKM Cawangan Kelantan
Tempat Hantar Dokumen Sebut Harga: PKKM Cawangan Kelantan
Kelayakan : CIDB, Gred 1, B04
Harga Dokumen : RM10.00

Dokumen yang lewat dihantar tidak akan dilayan.


Download Iklan Disini

Khamis, 11 Julai 2013

Lawatan Sempena Keberangkatan Kerabat Diraja Brunei ke Kelantan

Pada 25 Jun 2013 lalu, Kraftangan Cawangan Kelantan telah dipilih menjadi salah satu tempat lawatan Sempena Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar dari Negara Brunei Ke Kelantan. Rombongan lawatan tersebut seramai 50 orang telah di bawa melawat ke bilik pameran dan bilik jualan. Selain itu rombongan juga dibawa melawat ke tapak demonstrasi kraf.

Khamis, 6 Jun 2013

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun & Pertandingan Mewarna Batik Bawah 15 Tahun

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun & Pertandingan Mewarna Batik Bawah 15 Tahun
Di Pusat Jualan Kraf Bunut Payung
Pada 8 Jun 2013 (Sabtu) Jam 10.00 Pagi

Rabu, 5 Jun 2013

Promosi Kraf Malaysia di pusat membeli belah KB Mall

Sekarang telah berlansung Promosi Kraf Malaysia di pusat membeli belah KB Mall, Kota Bharu. Promosi ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 3 hingga 12 Jun 2013 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Seramai 24 usahawan kraf telah terlibat menjayakan aktiviti ini terdiri dari bidang batik, songket, hasil tanah, hasil rimba, logam dan aneka Kraf. Pelbagai acara dan aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi promosi ini, antaranya Demonstrasi Pembuatan Kraf, Interaktif Kraf dan Persembahan Dikir Barat.

Aktiviti Jualan Produk Kraf
 
Aktiviti Interaktif dan Demonstrasi Kraf

Ahad, 26 Mei 2013

Promosi Kraf Malaysia 2013 di Pusat Membeli Belah KB Mall

Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2013 di Pusat Membeli Belah KB Mall pada 3 hingga 12 Jun 2013. Pelbagai acara dan aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi promosi ini. Antaranya ialah Jualan Produk Kraf, Demonstrasi dan Interaktif Kraf, Persembahan Dikir Barat, Pertandingan Mewarna & Kuiz serta pelbagai lagi acara menarik turut disediakan.

Rabu, 24 April 2013

Promosi Bazar Kraf April 2013

Promosi Bazar Kraf di Pusat Jualan Kraf Batu 2, Bunut Payong akan diadakan pada 27 April 2013. Selain jualan produk kraf aktiviti menarik menanti anda, antaranya Interaktif Kraf Batik & Seramik dan Pertandingan Seni Suara Burung Candik turut diadakan. Pakat-pakat adik kakok maghi belako..

Ahad, 21 April 2013

Pengambilan Pelajar Program Pengajian Latihan Kemahiran dalam bidang Kraf di Institut Kraf Negara (IKN) 2013

Pengiktirafan Kelayakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Setaraf dengan IPTA Tempatan PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA melalui Institut Kraf Negara (IKN) menawarkan program pengajian latihan kemahiran dalam bidang kraf secara sepenuh masa. Borang permohonan boleh didapati di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan seperti mana alamat berikut : 

KM10, Jalan Kuala Krai,
16010, Kota Bharu,
Kelantan
Tel : 09-721 6266 / 77

Permohonan juga boleh dibuat secara online di http://www.ikn.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan 15 Mei 2013

Hajjah Nik Rahimah Binti Nik Idris


Hajjah Nik Rahimah Binti Nik Idris
Tukang Ulung Sulaman Kelingkam (2013)
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 22 September 1941

HAJJAH NIK RAHIMAH BINTI NIK IDRIS telah dilahirkan pada 22 September 1941 di S/3215 Lorong Datuk Nik Jaafar, Kubang Pasu, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Merbau, Kota Bharu. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang jahitan dan sulaman seawall tahun 50 –an lagi ketika berumur 15 tahun dan antara kemahiran – kemahiran beliau ialah sulaman kelingkam, tekatan paku-paku, sulaman ayak, jahitan manik, jahitan pakaian, smoking (jahitan bunga), kaitan (jarum satu dan jarum dua) dan peralatan singahsana diraja Kelantan. 

Pada tahun 60-an mula berkhidmat sebagai tukang jahit untuk Raja Perempuan Kelantan iaitu Al Marhumah Raja Perempuan Zainab Dua sehinggahlah baginda Raja Perempuan mangkat. Ketika berkhidmat bersama baginda, Nik Rahimah sentiasa mengikuti baginda dan pernah tinggal di istana Negara sewaktu baginda menjadi Raja Permaisuri Agong. Beliau juga menjadi tukang jahit terutamanya menjahit manik dan labuci untuk pakaian Permaisuri Kelantan seterusnya iaitu Permaisuri Tengku Anis. 

Pada tahun 70-an, beliau pernah diminta untuk membuat sepasang selipar tekatan oleh Almarhum Sultan Yahya Petra untuk dihadiahkan kepada raja Thailand iaitu Raja Bumiphol Aduyadev. Sekitar tahun 80-an, beliau juga menjadi antara penyulam sulaman ayak untuk ibu adiguru Lim Swee Kim dan pada tahun 1993 beliau terlibat dalam penyediaan peralatan untuk Muzium Istana Jahar, Kelantan. 

Hasil Kerja beliau juga mendapat perhatian dan diberi kepercayaan untuk menjahit kelengkapan pakaian seperti selendang kelingkam untuk permaisuri Selangor, Tengku Ampuan Rahimah, permaisuri Perlis, Tengku Fauziah dan Sultanah Johor, Tengku Zanariah. Beliau juga menjahit selendang kelingkam untuk Sultanah Johor semasa majlis Konvokesyen UTM sekudai. 

Pada tahun 1993 juga beliau pernah dijemput untuk mengadakan demontrasi sulaman kelingkam di hotel Hayat di Bangkok Thailand semasa mengikuti rombongan Al-Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ke sana sempena mempromosikan Kelantan Heritage. Pada masa pemerintahan Sultan Ismail Petra juga beliau kerap dijemput menjadi pengadil hamper setiap tahun pada sambutan keputraan Baginda iaitu sebagai pengadil pertandingan bagi kategori sulaman, gubahan dan masakan. 

Pada tahun 2006 atas usaha Kraftangan Cawangan Kelantan untuk mengekalkan waisan sulaman kelingkam telah menjemput Hajjah Nik Rahimah untuk menjdai tenaga pengajar sulaman kelingkam kepada seramai 10 orang pelajar selama 6 bulan. Selepas itu kraftangan Malaysia kerap menjemput beliau untuk menyertai demontrasi terutama pada Hari Kraf Kebangsaan, Promosi Kerja Kahwin dan Promosi Jualan Aidilfitri di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 

Pada bulan April beliau telah dijemput untuk mengadakan demontrasi di Muzium Tekstil Kuala Lumpur sempena Pembukaan Muzium tersebut yang telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah Mansor. Pada tahun tersebut juga telah diminta untuk menyiapkan kelengkapkan perkahwinan di Raja Kelantan menggunakan kelingkam untuk Muzium Negeri Pahang. 

Sehingga kini Hajjah Nik Rahimah masih lagi aktif meneruskan khidmatnya terutama dalam pembuatan selendang kelingkam yang kebanyakanya di tempah oleh kerabat – kerabat diraja dan isteri – isteri pembesar negeri. Beliau juga masih aktif menerima jemputan untuk mengadakan demostrasi dan memberi tunjuk ajar dalam sulaman kelingkam. Antara anugerah yang pernah diterima beliau ialah tempat ke dua dalam pertandingan kategori sulaman pada tahun 1987 yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur. Pada tahun 2007 pernah menerima Sijil Penghargaan dari Muzium Negara Malaysia pada tahun 2012.

Selasa, 26 Mac 2013

Promosi Bazar Kraf 2013

Promosi Bazar Kraf di Pusat Jualan Kraf Batu 2, Bunut Payong akan diadakan mulai 29-31 Mac 2013 ini. Selain jualan produk kraf aktiviti menarik menanti anda, antaranya Demonstrasi Kraf Pandai Besi, Anyaman Mengkuang, Pembuatan Wau & Kraf Logam Perak. Turut diadakan Interaktif Kraf Batik & Seramik dan juga bicara Adiguru Kraf. Pertandingan Seni Suara Burung Candik turut diadakan. Pakat-pakat adik kakok maghi belako..

Isnin, 25 Mac 2013

Abdul Latiff Bin Long



Abdul Latiff Bin Long
Tukang Ulung Ukiran Kayu (2013)
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 22 Disember 1946

PENGHASILAN KARYA / REKACIPTA

i. Tahap penghasilan karya / rekacipta
a) Eksklusif
1. Hasil rekaannya pernah dijadikan hiasan pintu serta dinding di bebebrapa bangunan besar, termasuk Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Pejabat Penerbangan Malaysia (MAS) di London, Tokyo, Hong Kong dan Loas Angelas.

b) Pasaran Khusus (Niche market)
1. Pada awal penglibatan, Che Latif telah membuka sebuah bengkel secara kecil sahaja di laman rumahnya yang beralamat Batu 1 ¼ , Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
2. Che Latif juga menghasilkan produk-produk yang dijual kepada pihak atau individu tertentu sahaja untuk tempahan khas.

ii. Karya / rekacipta yang menjadi ikutan (trend-setter)
Beliau boleh mengukir pelbagai jenis ukiran seperti Singahsana Istana, mimbar masjid, rumah tradisional melayu,sarong keris, ukiran pintu, siling dan dinding.

iii. Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta 
Ketika berumur 17 tahun, beliau mula membuat kajian dari segi Sarong Keris dan Ulu Senjata Melayu di merata – rata tempat daerah, kampung – kampung seluruh negeri. Kebolehan beliau dalam bidang ukiran kayu tiada tandingan. Keunikan ukiran beliau ialah corak Bunga Lada Hitam pada mimbar serta teknik ukiran Tebuk Timbul Silat. 

PENGIKTIRAFAN DAN PENCAPAIAN

i. Pengiktirafan ke atas kepakaran
Beliau mendapat pengiktirafan semasa membuat Singahsana Istana Negara, Kuala Lumpur iaitu pingat Pertabalan DYMM (SPB) Yang Di Pertuan Agong ke VII iaitu Sultan Hj. Ahmad Shah Pahang pada 06 Oktober 1980.

ii. Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta
 
Beliau terkenal sebagai pengukir kayu tradisional di Kelantan.Kemahirannya mengukir, termasuk mimbar masjid yang menjadikan nama beliau terkenal bukan sahaja di dalam, malah di luar negara.

iii. Pencapaian kerjaya
Antara ciptaan terbesar beliau adalah ukiran di dinding dan bangunan dalam Dewan Undangan Negeri( DUN ) di Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.  Bagi memperkembangkan lagi industri  ukiran kayu di peringkat global beliau telah mengesyorkan kepada Datok Yaakob Latif iaitu Datok Bandar Kuala Lumpur supaya dibentangkan dalam sidang parlimen untuk memartabatkan lagi industri ukiran kayu tersebut.

iv. Dokumentasi
Menghasilkan beberapa buah buku untuk didokumentasikan sebagai rujukan kepada agensi – agensi kerajaan, swasta khususnya untuk arkitek, penuntut – penuntut IPTA dan IPTS. Contohnya buku Jenis Bunga Melayu.



SUMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF NEGARA

i. Menurunkan kemahiran
Che Abdul Latif telah menurunkan kemahiran yang dimiliki melalui latihan, mengajar serta mewariskan kemahiran dan kepakarannya kepada masyarakat setempat, antaranya Rosli Bin Mohd Tahir. Pernah menjadi guru pengukir Lembaga Kraftangan Malaysia, Temerloh pada 01.04.1975.

ii. Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu
Menyertai Promosi Kraf Malaysia sempena HKK 2007

iii. Menjadi pakar rujuk
Sebagai Panel Penasihat menyuarat Lembaga Kraftangan Malaysia pada tahun 1974 dan menjadi penasihat kepada Persatuan Arkitek Malaysia.

KOMITMEN YANG TINGGI DALAM MEMARTABATKAN SENI KRAF WARISAN NEGARA

i. Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran 
Sentiasa dikunjungi oleh penuntut – penuntut IPTA dan IPTS serta mengadakan bengkel – bengkel di Universiti tempatan.

ii. Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan
Faktor pendorong kepada beliau supaya meneruskan seni pertukangan kraf tradisional ialah ayah beliau iaitu Che Long bin Yusoff yang dikenali sebagai Dr.Che Long.

Rabu, 20 Mac 2013

Promosi Bazar Kraf di Pusat Jualan Kraf Batu 2

Promosi Bazar Kraf di Pusat Jualan Kraf Batu 2, Bunut Payong akan diadakan mulai 29-31 Mac 2013 ini. Selain jualan produk kraf aktiviti menarik menanti anda, antaranya Demonstrasi Kraf Pandai Besi, Anyaman Mengkuang, Pembuatan Wau & Kraf Logam Perak. Turut diadakan Interaktif Kraf Batik & Seramik dan juga bicara Adiguru Kraf. Pakat-pakat adik kakok maghi belako..

Ahad, 10 Mac 2013

Lawatan Berpandu daripada Ahli Pengakap Kanak – Kanak Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu

Pada 04/03/2013 Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan telah menerima lawatan berpandu daripada Ahli Pengakap Kanak – Kanak Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Seramai 84 Orang Murid dan 6 Orang guru pengiring telah berpeluang menyertai aktiviti mewarna batik blok dan mewarna pasu seramik yang disediakan oleh pihak kraftangan di Pusat Jualan Kraf, Batu 2.


Khamis, 7 Mac 2013

Promosi Jualan Produk Kraf

Sempena Majlis Perasmian Kompleks Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Kelantan pada 21 hingga 23 Februari 2013 PKKM Cawangan telah mengadakan promosi jualan produk kraf seperti batik, aneka kraf, seramik dan logam ( alatan senjata keris). Seramai 5 orang usahawan kraf terlibat. Disamping itu pameran batik berkonsepkan cubism juga turut diadakan.

Rabu, 16 Januari 2013

Makmal Rekaan Batik Komersial CUBISM' HKK2013

Pada 6-10 Januari 2013, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Makmal Rekaan Batik Komersial CUBISM' sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 di Kraftangan Cawangan Kelantan. Objektif utama penganjuran makmal ini adalah untuk memperkenal dan memberi kefahaman berkaitan tema produk berkonsepkan CUBISM yang akan ditonjolkan sepanjang tahun 2013 khususnya pada Hari Kraf Kebangsaan 2013. Seramai 62 usahawan kraf dari seluruh negara telah menyertai makmal rekaan ini dibawah bimbingan Bahagian Rekaan Ibu Pejabat dan cawangan Kelantan.

Rabu, 9 Januari 2013

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2013

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2013 kali ke 11 pada 27 Feb hingga 11 Mac 2013 (13hari), bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay. Kepada usahawan negeri Kelantan yang berminat sila isi borang penyertaan dan manual yang boleh didapati di pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan atau boleh dimuat turun di Borang HKK13 dan Manual HKK13. Borang yang lengkap perlu dikembalikan sebelum 23 Januari 2013.  Bayaran yuran penyertaan sebanyak RM 500.00 ( Lima Ratus  Ringgit Sahaja). Kaedah pembayaran adalah secara terus (online) menggunakan mesin deposit wang tunai, Internet Banking (MAYBANK2U, CIMB Click dan lain-lain berkaitan) atau cek atas nama : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Akaun nombor (Maybank) : 5530 3801 0138.

Selasa, 8 Januari 2013

Seri sulaman Kelingkan

Seri Sulaman Kelingkan - Keratan Utusan Malaysia, Rabu 2 Januari 2013


Rabu, 2 Januari 2013

CUBISM' Makmal Rekaan Batik Komersial

CUBISM' Makmal Rekaan Batik Komersial sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 akan diadakan pada 6-10 Januari 2013 di Kraftangan Kelantan. Kepada semua usahawan yang terlibat dijemput hadir.