Isnin, 8 Disember 2014

Festival Kraf Kelantan 2014

Festival Kraf Kelantan 2014 bermula pada 28 November hingga 7 Disember 2014, jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Pintu Kota Sultan Ismail Petra (Dataran Al-Quran), Kota Bharu. Pakat Maghi Blako..

Posted by Kraftangan Kelantan on Wednesday, November 26, 2014

Rabu, 5 November 2014

Sekitar Promosi Kraf Malaysia 2014 di Pasaraya Tesco, Kota Bharu

Seramai 10 usahawan telah menyertai Promosi Kraf Malaysia 2014 yang berlangsung pada 19 hingga 25 Oktober 2014, bertempat di Pasaraya Tesco, Kota Bharu, Kelantan. Promosi ini Isya-Allah akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang memandangkan sambutan dari pengunjung sangat menggalakkan.

Khamis, 16 Oktober 2014

Promosi Kraf Malaysia 2014 di Pasaraya Tesco, Kota Bharu

Semua dijemput datang ke Promosi Kraf Malaysia 2014 yg akan bermula pada 19 hingga 25 Oktober 2014, jam 8.30 pagi - 10.00 malam bertempat di Pasaraya Tesco, Kota Bharu, Kelantan. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda khususnya peminat produk kraf tempatan, Batik, Senjata tradisional, Perhiasan kristal, Seramik, Cenderamata. Disamping aktiviti interaktif kraf batik & seramik serta permainan congkak tradisional. Jumpa anda di sana!!

Lawatan YB Menteri ke Bengkel Perabot Ukiran Tangan ZH

Perasmian Bengkel Batik Ayu Fashion Oleh YB Menteri

Khamis, 3 Julai 2014

SEBUT HARGA BAGI PENERBITAN DOKUMENTARI ADIGURU KRAF SULAMAN KELINGKAM, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA BAGI PENERBITAN DOKUMENTARI ADIGURU KRAF SULAMAN KELINGKAM, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

TARIKH TUTUP : 16 JULAI 2014 (RABU) Sebelum 12.00 Tengah Hari

 

Download Sebut Harga 

Selasa, 27 Mei 2014

Promosi Kraf Malaysia 2014 di Pusat Beli Belah KB Mall

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2014 di Pusat Beli Belah KB Mall, Kota Bharu pada 1 hingga 10 Jun 2014, dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai acara dan aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan lagi promosi ini. Antaranya ialah Jualan Produk Kraf, Demonstrasi, Interaktif Kraf, Persembahan Kebudayaan dan cabutan bertuah serta pelbagai lagi acara menarik turut disediakan. Adik kakok pakat-pakat maghi belako.. 

Selasa, 15 April 2014

Lawatan Rasmi Pengerusi Kraftangan Malaysia YBhg Dato' Sohaimi Shahadan

KOTA BHARU 5 April 2014 (Sabtu) - Pengerusi Kraftangan Malaysia YBhg Dato' Sohaimi Shahadan telah mengadakan lawatan rasmi ke Kraftangan Malaysia Caw Kelantan sempena Program Taklimat & Pendaftaran Bebas Muflis Peringkat Negeri Kelantan. Pada lawatan ini juga tuan Pengerusi juga sempat melawat ke bengkel usahawan kraf.



Khamis, 27 Februari 2014

Hari Kraf Kebangsaan 2014

Kraftangan Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2014, dari 26 Februari hingga 10 Mac 2014. Semua aktiviti bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Semua dijemput dan masuk adalah percuma. 
AKTIVITI HARIAN
  • Jualan Kraf
  • Pameran dan Jualan Produk Kraf Rekaan Baru
  • Pameran Produk Kraf Warisan
  • Bicara Kreatif
  • Padanan Perniagaan
  • Demonstrasi Kraf Tempatan
  • Demonstrasi Masakan Tradisional
  • Persembahan Kesenian
  • Pertandingan Produk Kraf Terbaik
  • Interaktif Kraf
  • Pameran dan Jualan Seni Ukiran Kayu Dalam Seni Bina
  • Pertandingan Bintang HKK2014
  • Lawatan Berpandu Berkumpulan

Khamis, 13 Februari 2014

Salam Takziah


Pihak Kraftangan Malaysia Caw Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Faezah binti Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pasaran dan Promosi Kraftangan Malaysia yang telah pulang ke rahmatullah pada 12 Februari 2014 bersamaan 12 Rabiulakhir 1435H jam 3.30 petang. Allahyarhamah dikebumikan pada pagi 13 Februari 2014 jam 9.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Kehilangan seorang ketua, rakan, ibu yang berdedikasi, disenangi, dihormati dan disayangi ini amat dirasai oleh semua yang mengenali beliau. Semoga rohmu tenang di samping Allah S.W.T. Al-Fatihah.